Posts

Showing posts from July, 2011

Apabila ditinggal kekasih

Image
         Berhentilah dari menyalahkan diri sendiri atau kekasih hati apabila anda dikecewakan oleh orang yang paling anda sayang. Sebaiknya berdoalah agar dia diberikan insan yang lebih baik dari anda. Usah dikenangkan lagi dengan apa yang berlalu, teruskan dengan apa yang bakal mendatang.         Ada juga insan yang ditinggalkan kekasih kerana ada insan ketiga,anda seharusnya bersyukur kerana Allah dah tunjukkan siapa dia yang sebenar. Itu adalah lebih baik dari meneruskan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan , itu adalah sia-sia kerana cinta itu tak boleh dipaksa. Jika dirimu mendapat tahu bahawa si dia sudah tidak lagi menyintaimu, lepaskanlah dia dan biarlah dia berbahagia dengan insan yang dicintainya.         Apabila kita reda dan yakin dengan ketentuan Ilahi, hati kita akan menjadi tenang dan secara tak langsung kita mampu untuk melupakan dia sedikit demi sedikit. Sejurus itu, cubalah mencari pengganti yang sesuai kerana setiap orang berhak untuk hidup bahagia dengan insa

Bila Cinta Mulai Pudar

Image
         Tajuk inilah yang paling ditakuti oleh mana-mana pasangan yang berkasih mahupun yang berumahtangga. Pudarnya cinta bermakna hilanglah segala keserian dalam sesebuah perhubungan dan sdah tiada manisnya lagi malah akan mencipta derita. Semua orang memerlukan cinta kerana mereka akan lebih bersemangat untuk menjalani hidup.         Namun bagiku dalam perhubungan cinta, jika kita berperasaan demikian kita masih lagi boleh menarik diri dalam percintaan tersebut. Kita tak boleh salahkan diri sendiri jika cinta kita padanya semakin pudar, hal ini kerana banyak penyebab yang menjadi kita menjadi begitu. Mungkin disebabkan sikapnya yang terlalu mengongkong membuatkan kita cepat bosan atau faktor-faktor luaran seperti berjauhan atau bertemu dengan insan lain.         Tapi sekiranya kita sudah mendirikan rumahtangga dengannya, usahlah sesekali terfikir untuk menarik diri dari perkahwinan kerana banyak isu yang akan timbul. Tambah-tambah pula jika mempunyai anak. Sudah tentu prosesnya

Tips Menjadi seorang Kekasih yang Setia Bahagian 2

  Ni sambungan dari Tips yang aku bagi pada artikel yang lepas. Sebenarnya dah lama ada aku simpan. Sekarang baru aku sempat publish. Selamat Membaca! 1.      Gunakanlah kemudahan teknologi canggih seperti 3G, Webchat, Webcam atau menghantar gambar anda yang terkini supaya anda tidak pernah berasa dia jauh dari anda. Contohnya kalau anda pergi bercuti atau berkelah bersama kawan-kawan, jangan lupa send gambar tersebut padanya agar dia tidak terlepas saat-saat suka duka anda. 2.     Sebaik-baiknya jangan terlalu rapat dengan lelaki atau perempuan lain kerana khuatir akan perasaan itu berubah melebihi dari seorang kawan. Berpada-padalah dalam berkawan dan janganlah biar ia melebihi batas. 3.     Apabila tiba saat hari istimewa pasangan seperti hari jadi atau hari ulangtahun perhubungan, kirimkan mesej atau panggilan tanda anda mengingatinya. Boleh juga utuskan bunga, hadiah atau sekeping kad yang bertuliskan perkataan yang romantik supaya pasangan berasa dihargai. 4.     Sentias
Semenjak aku pulang ke kampung halamanku, lama juga aku tidak mencoretkan sesuatu di laman blog aku. Sesekali terasa rindu pula untuk mengetuk-getuk keyboard laptop bagi mencurahkan apa yang bermain dalam hati. Selesai sahaja merancang perbelanjaan bagi satu semester, hatiku terdetik untuk menyambung kembali hobiku yang agak lama terhenti. Masuk hari ini, hampir 4 hari sahaja lagi aku bakal menjejakkan kaki ke bumi Terengganu yang banyak meninggalkan kenangan suka dan duka aku sebagai seorang pelajar. Rasanya sudah tidak sabar lagi untuk aku memulakan rutin harianku sebagai seorang pelajar Pengurusan Pelancongan. Sudah tentu akan banyak aku pelajari di sana sebagai salah seorang penuntut di semester tiga. Halaman kampung yang sudah hampir dua bulan aku tidak menjengah kelihatan begitu banyak benar berubahnya. Kediamanku juga turut berubah walaupun tidak banyak, sementara pula hutan dan semak di belakang rumahku ditebang dan diratakan, kelihatan nampak berbeza sekali kerana dulu disit