Posts

Showing posts from June, 2011

Tips Menjadi Seorang Kekasih yang Setia Bahagian 1

Image
Kali ni aku ingin berkongsi artikel mengenai cara untuk menjadi kekasih yang setia, tambah-tambah lagi bercinta pada jarak yang jauh. Sudah tentu ada banyak cabaran dan dugaan. Jadi untuk menghadapinya dengan bijaksana, luangkanlah masa anda untuk membaca artikel ni. 1.      Terima pasangan dengan seadanya termasuklah segala kekurangan dan kelemahan yang ada padanya. Dia tidak boleh menjadi seperti yang kita mahu, jadi kita kena belajar menyesuaikan diri dengan caranya. 2.     Kenali hati budi pasangan dengan sebaiknya. Tahu apa yang dia suka dan tidak suka kerana hal ini akan menimbulkan keserasian antara anda dengan dia. Dia juga akan merasakan posisi dia sangat penting dan menjadi keutamaan dalam hidup anda. 3.     Ciptakan pelbagai kenangan dan memori yang indah bersama si dia contohnya berjalan-jalan di tepi pantai , tasik atau tempat-tempat yang indah. Jangan lupa untuk bergambar dan letakkan gambar tersebut di tempat yang anda sering lihat supaya walau di mana jua anda berada

Alkisah Awang dan Solat Sunat

Image
Cerita ini berlaku pada bulan puasa sekitar tahun 2006 yang lalu dan ianya benar-benar terjadi. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada seorang pelajar lelaki tingkatan 3 bernama Awang yang telah insaf akan dosanya yang telah meninggalkan solat selama ini. Suatu petang ketika dia pulang awal dari sekolah kerana kelas tambahan telah dibatalkan, lalu dia bercadang untuk ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah. Dia sampai di masjid pada jam 3 petang, lalu dia menunaikan solat zuhur dengan khusyuknya. Dia juga tidak lupa mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan berzikir kepada Allah. Hal ini menimbulkan kekaguman pada orang-orang yang berada di masjib melihatnya yang sangat tekun beribadah.  Dalam dia tekun memuji nama Allah sementara menunggu waktu Asar kerana dia ingin berjemaah bersama-sama Pak Imam di masjid tersebut. Kebetulan saat itu Pak Imam turut berada di situ yang sedang mengajar pakcik-pakcik  mengaji Al-Quran. “Adik tak nak mengaji ke?” Sapa Pak Imam sebaik sahaja dia s

Luahan Cinta

Image
Ya Allah, Jika Cinta ini milik kami, Dekatkanlah aku dengannya, Jangan biarkan kami lalai dengan kehanyutan cinta, Biarlah cintaku padanya tidak melebihi cintaku padaMu dan Rasul, Limpahkan keberkatan dan rahmatMu ke atas kami, Berikanlah kami kebahagiaan yang tidak terhingga. Ya Allah, Andai dia tidak tercipta untukku, Kurniakanlah insan yang lebih baik dariku buat dia, Jauhkanlah perasaan dendam dan benci antara kami, Sulamkanlah antara kami satu jalinan kemesraan, Walau tidak ditakdir hidup bersama-sama, Sebetulnya aku reda dengan takdirmu. SesungguhNya Y a Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Tunjukkanlah aku apa yang terbaik untuk diriku, Kala dinihari ini aku mohon padaMu, Berikanlah aku jodoh yang datang daripadaMu, Jodoh yang akan membahagiakan aku dan dia hingga ke akhir hayat,  Jodoh yang akan berkekalan hingga ke dunia dan akhirat, Andai dia tulus menyayangi dan menyintaiku, Andai cinta tidak bertepuk sebelah tangan, Ingin sekali aku hidup bers

Masa Yang Ditinggalkan

Image
Kita diberikan masa 24 jam dalam sehari..,adakah kita menggunakan waktu tersebut dengan begitu bermanfaat sekali? Renung-renungkanlah dan muhasabah balik apa yang kita lakukan sepanjang hari ini. Adakah ianya membawa kebaikan atau keburukan pada diri sendiri dan orang lain? Hanya kita sahaja yang boleh menentukannya. Seboleh-bolehnya biarlah apa jua yang kita lakukan pada hari ini membawa manfaat kepada orang lain supaya kita turut mendapat kebaikannya.         Banyak perkara yang boleh dilakukan pada masa senggang, contohnya membuat aktiviti yang digemari contohnya berkayak, beriadah bersama keluarga dan juga memancing, bila kita melakukan perkara yang kita sukai, kita akan lebih fokus dan bersemangat. Carilah hobi yang boleh mendatangkan faedah kepada diri sendiri dengan menghabiskan masa sebaiknya. Ingatlah bahawa masa yang berlalu takkan sesekali menunggu kita, janganlah menjadi hamba kepada masa. Uruskanlah masa dengan efektif sebelum masa itu menguruskan kita.          Buatl

Ayah Oh Ayah

Image
Kasih Ibu bawa ke Syurga, Kasih Ayah Tanpa Sempadan, Kasih Guru tiada terhingga, Kemuncak Murni Kemuliaan Insan.         Sempena hari bapa ini, aku ingin sekali mencoretkan sesuatu buat penghargaan bagi kaum adam yang bergelar bapa di luar sana. Kita tidak akan lahir ke dunia ini tanpa ibubapa. Bapa juga sama penting seperti seorang ibu kerana keredaan Allah s.w.t terletak pada keredaan ibubapa. Lihatlah betapa Allah memerintahkan agar kita menjadi anak yang soleh kepada ibubapa kita. Tanggungjawab seorang bapa amatlah besar kerana orang lelaki perlu memikul mandat yang lebih tinggi dari wanita kerana mereka dikurniakan satu nafsu dan 99 akal.         Orang lelaki merupakan pemimpin dalam keluarga, jatuh bangun rumahtangga tersebut terletak padanya dengan dibantu oleh suri hidupnya iaitu ibu kita. Mereka perlu bekerja untuk memberi nafkah, di samping itu mereka juga perlu menjaga kebajikan dan keselamatan keluarga. Seorang bapa juga wajib memberikan pendidikan agama yang secukup

Nikmatnya Makanan di Syurga

Image
Sempena di hari jumaat, segala penghulu hari ini, aku ingin berkongsi cerita benar yang ku petik dari sebuah artikel Majalah Solusi, majalah yang sangat padat dengan Panduan Hidup Bersyariat. Sabda Rasullullah s.a.w , mafhumnya “Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namun mereka tidak meludah, kencing, buang air ataupun mengeluarkan hingus.” Para Sahabat bertanya “Laku apa jadi dengan makanan mereka?” Rasullullah s.a.w menjawab “Menjadi peluh yang berbau kasturi. Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas.” ( Riwayat Imam Muslim daripada Jabir r.a. )         Kalau sedikit makanan dari syurga dimakan oleh kita di dunia ini, nescaya kita tidak akan berasa lapar buat selama-lamanya dan yang menakjubkan adalah hal ini benar-benar berlaku seperti mana yang diceritakan oleh Imam Tajuddin Ibn al-Subki ( w.771H ) dalam kitabnya iaitu Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra ( beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim) menge

Tips menghadapi Kekecewaan

Image
Seringkali kita sering kecewa dalam hidup apabila harapan yang kita bina tak menjadi, saat itu mulalah kita merasa sangat sedih dan sukar menerima hakikat yang sebenar. Sedangkan kita lupa bahawa segala-gala yang berlaku adalah yang telah ditakdirkan dan kita  hanya perlu menjalaninya sahaja. Banyak jenis kekecewaan yang ada antaranya adalah kekecewaan dalam percintaan, tidak mendapat apa yang dihajati, sukar menerima hakikat dengan apa yang berlaku dan pelbagai lagi.  sabar-sabar..,kot yer pun nak marah. Takkan sampai nak gigit laptop plak..,hehe Untuk menggelakkan kita daripada berputus asa setelah mengalami kekecewaan, di sini aku ingin berkongsi beberapa tips yang boleh kita praktikkan. 1.       Tenangkan diri di saat mengetahui harapan yang kita bina berkecai di tengah jalan, Perbanyakkan istighfar kerana ditakuti kita membuat sesuatu diluar dugaan kerana maklumlah apabila kita dalam keadaan tertekan macam-macam boleh berlaku. 2.      Muhasabah diri kita dan tanya kenapa semua

Antara Harapan dengan Angan-Angan

Image
        Dari mana datangnya harapan jika tidak bermula dari angan-angan, kita harus sedar tidak semua harapan akan menjadi kenyataan lebih-lebih lagi kalau kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Hanya sekadar angan-angan hikayat mat jenin yang akhirnya mati akibat terjatuh dari pokok kelapa lantaran terlalu kuat berangan-angan hingga tidak menyedari bahaya pada diri sendiri.         Apa pengajarannya dari hikayat mat jenin tersebut? Kita seharusnya kembali pada dunia realiti dan elakkan daripada menyimpan angan-angan yang terlalu tinggi hingga sukar untuk dicapai. Bila ia tidak menjadi nyata, kita sendiri akan gigit jari dan akhirnya kerugian kerana masa yang ada kita tidak menggunakan sepenuhnya dan menghabiskan ia dengan berangan-angan. Adakalanya sehingga tersenyum-senyum sampai ke telinga sambil berkhayal.         Namun kita juga harus sedar ada juga angan-angan yang menjadi kenyataan, dan ada juga kejayaan itu bermula dari angan-angan. Namun berapa kerapkah hal itu berlaku, j

Pilihan Demi Pilihan

Image
                            -gambar sekadar hiasan-        Kita wajar untuk membuat sesuatu keputusan, lebih-lebih lagi kalau ianya berkaitan dengan diri kita sendiri. Namun banyak yang perlu kita pertimbangkan sebelum membuat keputusan. Antaranya adalah apakah kesan jangka pendek dan jangka panjangnya terhadap kita. Hal ini sangat penting untuk menggelakkan kita dari membuat keputusan yang terburu-buru tanpa berfikir panjang.         Kalau kita hanya berfikir tentang kesan sementara yang bagi kita menyeronokkan, hal itu adalah tidak wajar sama sekali. Bagaimana pula dengan hari-hari mendatang yang bakal kita lalui, cukup kuatkah kita untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang mendatang. Seharusnya apabila kita membuat keputusan, kita perlu meletakkan target dan matlamat yang perlu kita capai.  Persoalannya apakah antara target yang perlu kita persiapkan dan apakah persediaan yang perlu kita lakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga. Ramai di antara

“Amar Makruf Nahi Mungkar”

Image
Cuba kita perhatikan dan fikir semula bagaimana perhubungan kita sesama keluarga, kawan-kawan dan masyarakat yang lain. Dan lebih-lebih lagi hubungan kita dengan Allah S.W.T? Kalau semuanya ok dan berjalan lancar, Alhamdulilah. Tapi bagaimana pula sekiranya jika kita sering disisihkan keluarga dan masyarakat, cuba kita kaji semula di manakah silapnya. Adakah kita pernah menyakiti hati mereka atau mereka yang tidak senang dengan kehadiran kita hatta kerana perasaan tidak senang hati apabila melihat hidup orang lain senang sedikit? Itu semua adalah lumrah dalam kehidupan manusia, namun untuk menjadi insan yang disenangi oleh semua orang adalah sangat sukar sekali, Rasullullah S.A.W  sendiri ada juga tidak disukai oleh orang-orang kafir Quraisy kerana bimbangkan kedudukan mereka akan tergugat dan apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Untuk memuaskan hati semua pihak adalah sangat sukar dan kita pasti akan dikritik oleh mana-mana pihak

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Image
Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti akan mengharapkan akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam melayari kehidupan. Pelbagai cara dan ikhtiar yang kita lakukan untuk memilih dua jalan yang berbeza, termasuklah membuat Solat Istighkarah dan mendengar gerak hati. Adakalanya gerak hati kita benar kerana ada kemungkinan Allah S.W.T yang telah mengerakkan hati kita untuk membuat keputusan tersebut. Bagaimana pula sekiranya kita membuat keputusan yang salah? Sudah tentunya kita akan merasa kecewa dan sedih sekali. Tambah-tambah lagi bila jalan yang kita pilih akhirnya menyeksa dan menyakitkan kita. Bertimbun-timbun rasanya penyesalan dalam hatikan..? Mahu tak mahu kita kena terpaksa juga hadapi pilihan kita walaupun perit dan menyedihkan. Tapi pernah ke kita terfikir bahawa kesusahan itu mengajar kita erti hidup. Tahukah kita bagaimana? Tatkala kita ditimpa kesusahan, bagi yang beriman