Wednesday, 14 June 2017

Semanis gula itu sangat Menyakitkan

Dalam kehidupan seharian, ramai yang memandang remeh akan tatasusila menjaga adab percakapan mahupun perbuatan. Misz sendiri adakala terlupa dalam mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Banyak aspek yang perlu kita perhatikan iaitu menjaga tutur kata agar ianya sedap dan manis untuk di dengar dan menjaga hati perasaan orang lain terutamanya apabila kita tengah marah. Memang sangat sukar bagi Misz sendiri yang memang susah nak kawal perasaan lagi-lagi apabila benda tu menyakitkan hati.

Ada satu yang kita tahu tak ramai yang boleh buat iaitu SABAR

Persoalannya sejauh mana kesabaran tu? Bagi Misz kalau kita dah tak boleh nak hadapi kemarahan better kita diam dari berterusan sakitkan hati orang kita sayang. Better lepas geram dengan menangis, tidur, makan dan sebagainya. Ada jugak yang menghilangkan sakit hati dengan pergi shopping.

Apapun itu terpulang pada gaya hidup serta corak pemikiran masing-masing. Kalau Misz sendiri memang pergi tidur la ubat paling berkesan... hehehe...lepas bangun je dah tak fikir dah. Tapi hidup bukanlah semudah tu, cuma kita kena kreatif la dalam menyelesaikan masalah.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, apabila kita gagal itu yang buat kita sakit hati dan tidak boleh mengawal tingkahlaku. Apapun bagi pihak Misz, bukan senang nak dapat hidup semanis gula kerana gula itu memang manis sekarang tapi menyakitkan di kemudian. Hiduplah seperti ubat yang pahit sekarang, namun manis di kemudian hari.

Selamat berpuasa dari Misz, perbanyakkan amal ibadah terutama di 10 malam terakhir Ramadhan...hari ni tinggal 11 hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Senyum selalu kerana senyuman ikhlas lahir dari hati suci bersih

Tuesday, 13 June 2017

Harga Kesetiaan

Sebut saja kesetiaan, pasti ramai tertanya-tanya kesetiaan yang bagaimana harus ditunjuk supaya hubungan terbina benar-benar kukuh.
Terkilan sangat apabila kesetiaan dicurah tak pernah dihargai, walau dijaga dengan sebegitu baik tetap mengkhianati. Lagi-lagi bila orang yang disayangi.

Adakala kita perlu merenungi apa sebab muhasabab terjadi sedemikian, mungkin selama ini kita terlalu menyayangi memberi perhatian pada dia sehingga kita lupa apa yang lalaikan selama ini..
Iaitu kewajipan dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.
Mungkin Allah jarakkan hati dia dengan kita supaya kita sedar apa kesilapan yang dah kita buat selama dengan dia.

hati manusia mudah berubah-ubah, kita siapa untuk merencanakan hati pemikiran Allah. Apabila diuji teruskan melangkah biarpun sakit sangat sebab Misz sendiri pernah merasakan kesakitan tu.

Wahai hati, dalam ramai-ramai sekalipun orang, Allah memilih dirimu untuk diuji kerana kasih sayangNYA melebihi dari jangkaan kita sebagai manusia

Kuatlah berusaha mendampingiNya , Insha Allah selamat dunia akhirat.

Monday, 12 June 2017

Pengalaman guru terbaik

Sedar tak sedar sudah 4 tahun berlalu  misz tak update kat laman blog ni. Sekarang ada misz ada buat perubahan yang segar sesuai dengan berlalunya usia Misz'..hehehe..

Sepanjang tempoh itu,banyak juga yang misz belajar dalam nak kenal diri sendiri. Bukan semudah ABC tau.

Antara yang paling terkesan dalam hati adalah nilai kesyukuran di mana "Setiap apa yang kita nak tidak semestinya kita akan dapat. Kita dilahirkan untuk mempunyai sifat kesyukuran tawaduk dalam diri serta mesti mempunyai pegangan yang kukuh untuk berjaya.

"BUKAN APABILA DAH BAHAGIA BARU KITA NAK BERSYUKUR,
SEBALIKNYA BERSYUKUR BARULAH KITA AKAN BAHAGIA"

Pengalaman pahit manis akan mendewasakan kita, jika kita merenung berfikir tentang apa yang jadi kat kita, kita akan jumpa di mana salah silap kita yang mungkin kita tak pernah lihat dalam diri tetapi boleh pula melihat dalam diri orang lain. Bukan senang manusia nak terima dan reda dengan kesalahan diri, mereka akan memberontak dalam diri dan cakap " Kenapa dalam ramai-ramai manusia, aku yang diuji padahal mereka alpa dengan setiap ujian menimpa adalah kerana atas dosa-dosa kesalahan dari mereka sendiri.

Akui kesalahan perbetulkan semuanya apa yang pernah kita buat silap. Inshaallah ketenangan itu akan datang dengan sendiri, bukan senang namun hanya dengan reda, bersyukur atas ujian menimpa akan menjadi penyelamat kita dunia akhirat.

Merintih merayulah pada Pencipta kita, tenangkan diri rendahkan hati sujud padaNya dalam seribu keinsafan yang tak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit. Ianya hadir dalam keikhlasan sanubari.
Alangkah indahnya hidup ini jika hidup dalam keberkatan, ketenangan, kekuatan menerima dengan tabah segala ujian biarpun perit. Pasti akan dapat diatasi dengan sabar dan doa ketakwaan.

Itulah yang sebaiknya dalam kehidupan kita seharian, jumpa lagi dalam laman akan datang.

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti ...