Cara Bijak Menangani Api Kemarahan

Marah merupakan suatu perasaan yang boleh membuatkan individu akan hilang kawalan diri jika dia tidak bijak untuk mengawalnya. Malah, kemarahan juga boleh menjadikan diri sendiri hidup tidak tenang dan akan dijauhi oleh oleh sekeliling. Sudah tentu kita tidak mahu ianya terjadi ke atas kita kan? Misz Lina akui setiap manusia sememangnya tidak terlepas dari mempunyai sifat marah, namun kita seharusnya tahu bagaimana untuk menghadapinya. Kadang-kala ianya bukan saja terjadi pada diri kita sendiri, malah orang lain pun turut sama. Jadi, tips yang Misz Lina akan bagi ini adalah untuk sama-sama kita renung dan kongsikan bersama. 1. Kenali apa itu perasaan marah di samping belajar untuk bersabar dan bertenang supaya kita mampu bertindak secara rasional. 2. Berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa tindakan ketika...