Alkisah Awang dan Solat Sunat

Cerita ini berlaku pada bulan puasa sekitar tahun 2006 yang lalu dan ianya benar-benar terjadi. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada seorang pelajar lelaki tingkatan 3 bernama Awang yang telah insaf akan dosanya yang telah meninggalkan solat selama ini. Suatu petang ketika dia pulang awal dari sekolah kerana kelas tambahan telah dibatalkan, lalu dia bercadang untuk ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah. Dia sampai di masjid pada jam 3 petang, lalu dia menunaikan solat zuhur dengan khusyuknya. Dia juga tidak lupa mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan berzikir kepada Allah. Hal ini menimbulkan kekaguman pada orang-orang yang berada di masjib melihatnya yang sangat tekun beribadah. Dalam dia tekun memuji nama Allah sementara menunggu waktu Asar kerana dia ingin berjemaah bersama-sama Pak Imam di masjid tersebut. Kebetulan saat itu Pak Imam turut berada di situ yang sedang mengajar pakcik-pakcik mengaji Al-Quran. “Adik tak nak mengaji ke?” Sapa Pak Imam sebaik sah...