Insan yang bernama S dan M
Aku berkawan dengan semua lapisan umur masyarakat, tidak kira tua atau muda mahupun kanak-kanak atau belia remaja, dan juga tidak kira jantina lelaki atau perempuan sebab aku sememangnya suka berkawan sebab kata orang, semakin ramai kita kenal semakin luas pandangan. Aku mengenali S dan M sudah agak lama, Cuma yang bezanya aku terlebih dahulu mengenali S sejak dari tahun lepas lagi. Mereka ku kira mempunyai banyak persamaan iaitu tidak suka bermesej dan kalau ada apa-apa hal yang penting mereka akan menelefon terus. Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza tapi yang penting mereka seorang yang baik dan sesiapa yang dapat memiliki mereka, bertuahlah orang itu. Huhuhu..,, mereka tidak saling mengenali kerana S tinggal di Kelantan manakala M pula berada di Terengganu. Tapi aku tetap ingin coretkan perihal mereka yang menarik bagiku. Bermula dengan S.., aku mengenalinya sejak aku di semester satu lagi, ...