Posts

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti akan mengharapkan akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam melayari kehidupan. Pelbagai cara dan ikhtiar yang kita lakukan untuk memilih dua jalan yang berbeza, termasuklah membuat Solat Istighkarah dan mendengar gerak hati. Adakalanya gerak hati kita benar kerana ada kemungkinan Allah S.W.T yang telah mengerakkan hati kita untuk membuat keputusan tersebut.
Bagaimana pula sekiranya kita membuat keputusan yang salah? Sudah tentunya kita akan merasa kecewa dan sedih sekali. Tambah-tambah lagi bila jalan yang kita pilih akhirnya menyeksa dan menyakitkan kita. Bertimbun-timbun rasanya penyesalan dalam hatikan..? Mahu tak mahu kita kena terpaksa juga hadapi pilihan kita walaupun perit dan menyedihkan. Tapi pernah ke kita terfikir bahawa kesusahan itu mengajar kita erti hidup. Tahukah kita bagaimana?
Tatkala kita ditimpa kesusahan, bagi yang beriman da…

Semanis gula itu sangat Menyakitkan

Dalam kehidupan seharian, ramai yang memandang remeh akan tatasusila menjaga adab percakapan mahupun perbuatan. Misz sendiri adakala terlupa dalam mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Banyak aspek yang perlu kita perhatikan iaitu menjaga tutur kata agar ianya sedap dan manis untuk di dengar dan menjaga hati perasaan orang lain terutamanya apabila kita tengah marah. Memang sangat sukar bagi Misz sendiri yang memang susah nak kawal perasaan lagi-lagi apabila benda tu menyakitkan hati.

Ada satu yang kita tahu tak ramai yang boleh buat iaitu SABAR

Persoalannya sejauh mana kesabaran tu? Bagi Misz kalau kita dah tak boleh nak hadapi kemarahan better kita diam dari berterusan sakitkan hati orang kita sayang. Better lepas geram dengan menangis, tidur, makan dan sebagainya. Ada jugak yang menghilangkan sakit hati dengan pergi shopping.

Apapun itu terpulang pada gaya hidup serta corak pemikiran masing-masing. Kalau Misz sendiri memang pergi tidur la ubat paling berkesan... hehehe...lepas bangu…

Harga Kesetiaan

Sebut saja kesetiaan, pasti ramai tertanya-tanya kesetiaan yang bagaimana harus ditunjuk supaya hubungan terbina benar-benar kukuh.
Terkilan sangat apabila kesetiaan dicurah tak pernah dihargai, walau dijaga dengan sebegitu baik tetap mengkhianati. Lagi-lagi bila orang yang disayangi.

Adakala kita perlu merenungi apa sebab muhasabab terjadi sedemikian, mungkin selama ini kita terlalu menyayangi memberi perhatian pada dia sehingga kita lupa apa yang lalaikan selama ini..
Iaitu kewajipan dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.
Mungkin Allah jarakkan hati dia dengan kita supaya kita sedar apa kesilapan yang dah kita buat selama dengan dia.

hati manusia mudah berubah-ubah, kita siapa untuk merencanakan hati pemikiran Allah. Apabila diuji teruskan melangkah biarpun sakit sangat sebab Misz sendiri pernah merasakan kesakitan tu.

Wahai hati, dalam ramai-ramai sekalipun orang, Allah memilih dirimu untuk diuji kerana kasih sayangNYA melebihi dari jangkaan kita sebagai manusia

Pengalaman guru terbaik

Sedar tak sedar sudah 4 tahun berlalu  misz tak update kat laman blog ni. Sekarang ada misz ada buat perubahan yang segar sesuai dengan berlalunya usia Misz'..hehehe..

Sepanjang tempoh itu,banyak juga yang misz belajar dalam nak kenal diri sendiri. Bukan semudah ABC tau.

Antara yang paling terkesan dalam hati adalah nilai kesyukuran di mana "Setiap apa yang kita nak tidak semestinya kita akan dapat. Kita dilahirkan untuk mempunyai sifat kesyukuran tawaduk dalam diri serta mesti mempunyai pegangan yang kukuh untuk berjaya.

"BUKAN APABILA DAH BAHAGIA BARU KITA NAK BERSYUKUR,
SEBALIKNYA BERSYUKUR BARULAH KITA AKAN BAHAGIA"

Pengalaman pahit manis akan mendewasakan kita, jika kita merenung berfikir tentang apa yang jadi kat kita, kita akan jumpa di mana salah silap kita yang mungkin kita tak pernah lihat dalam diri tetapi boleh pula melihat dalam diri orang lain. Bukan senang manusia nak terima dan reda dengan kesalahan diri, mereka akan memberontak dalam diri dan cakap …

Belajar Menerima Seseorang Tanpa Syarat

Image
Dalam kehidupan seharian, sering sahaja kita mencari kesempurnaan dan ingin saja orang lain mengikut telunjuk kita. Persoalannya, boleh ke perkara itu berlaku? Tidak ada yang mudah dalam dunia ini melainkan dengan usaha, takwa, keimananan dan doa berterusan yang berjalan seiring.

      Berbalik pada tajuk, kita boleh kaitkan dengan belajar menerima seadanya kelemahan dan kekurangan orang serta menyesuaikan diri pula dengan keadaan kita. Apabila kita menemui orang yang betul-betul menyayangi dan bersedia menjadi pelengkap hidup kita, maka hargailah insan tersebut walaupun dia mempunyai kekurangan.


            Tidak kiralah apa jua masalah yang berlaku, mengadulah pada Allah SWT. Hanya dia yang mampu mengubah segalanya. Kita hanya mampu ikhtiar menyerah diri padaNya dan menyandarkan harapan agar segalanya dipermudahkan. Last but not least, renungilah.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah,

Bila si Dia Curang

Image
     Siapa-siapa yang baca tajuk artikel ini pun mesti akan tersentak jika mereka pernah mempunyai pengalaman diduakan oleh kekasih hati.  Namun begitu, bagi Misz Lina sebagai orang yang diduakan kita tidak terlepas dari merasa sakit hati, kecewa dan berbagai lagi.  Pernahkah kita menyelami hati orang yang menduakan kekasih, adakah dia berasa bahagia dengan melukakan hati orang yang betul-betul menyayangi mereka? Fikir-fikirkanlah.      Jika kita telah diduakan, sebaiknya kita bertenang dan muhasabah diri.  Janganlah menyalahkan orang lain tanpa sebab yang munasabab, cari penyelesaian dan renungkan apa puncanya dengan menyelami kisah percintaan di awal dan akhir.  Seandainya kita sendiri yang menjadi penyebab, berhentilah dari menyalahkan diri sendiri dan berusaha untuk mengubah sikap.
     Andainya ianya berpunca dari si Dia atau orang ketiga, usahlah bersedih kerana itu semua adalah dugaan buatmu.  Lebih baik kecewa sekarang dari kecewa di kemudian hari.  Dirimu berhak untuk hidup bah…

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Image
Ramai orang menganggap rupa adalah pengukur sebuah kebahagiaan seseorang.  Misz Lina tak menafikan apabila kita cantik sudah pasti kita akan menjadi tumpuan ramai.  Namun, tidak semua orang yang berwajah cantik itu bahagia dalam hidup mereka.  Malah mereka lagi tertekan kerana sukar menemui pasangan hidup yang betul-betul menerima baik buruk mereka.  Jauh dibandingkan dengan orang yang tidak cantik, mereka dah boleh tahu siapa yang boleh menerima mereka seadanya di alam percintaan lagi.  

       Disebabkan hal itu, kita tengok pada zaman sekarang ramai wanita yang cantik namun masih lagi single kerana mereka sukar untuk menemui orang yang benar-benar menerima mereka seadanya.  Kalau dilihat dari segi analisis perceraian, bukan semua orang yang bercerai itu tergolong dalam golongan wanita yang berupa paras sederhana. Pandangan setiap orang berbeza-beza mengikut corak pemikiran mereka, sebab itulah masing-masing punyai kelebihan yang tersendiri dipandangan orang lain.

       Lantas, kecan…

Kenapa Ada Pilih Kasih?

Image
Mana-mana tempat pastinya akan ada istilah pilih kasih atau dianak tirikan sama ada baik di sekolah atau di tempat kerja. Orang yang dipinggirkan sudah tentu akan berasa sedih dan kecewa manakala orang yang diberi perhatian pula akan berasa bangga dan dihargai. Bagi Misz Lina, kita tidak akan sentiasa bernasib baik untuk menjadi pihak yang disayangi atau yang diberi perhatian.
Adakalanya apabila kita berada di alam persekolahan, kita merupakan pelajar kesayangan cikgu dan disenangi oleh orang lain. Kita menjadi keutamaan mereka dan apabila kita mula melangkah ke alam pekerjaan, kita mungkin jua termasuk dalam golongan yang tidak disukai oleh pihak atasan sebab hidup tidak selalunya indah-indah belaka. Adakalanya kita tersungkur lalu jatuh dan adakalanya juga kita maju ke depan. Namun kisah hidup seseorang insan ternyata berbeza bergantung pada untung nasib seseorang yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T
Pokoknya, apakah penyebab kepada terjadinya sikap pilih kasih? Misz Lina sendiri pe…