Tuesday, 27 September 2011

Kenapa Ada Pilih Kasih?

        Mana-mana tempat pastinya akan ada istilah pilih kasih atau dianak tirikan sama ada baik di sekolah atau di tempat kerja. Orang yang dipinggirkan sudah tentu akan berasa sedih dan kecewa manakala orang yang diberi perhatian pula akan berasa bangga dan dihargai. Bagi Misz Lina, kita tidak akan sentiasa bernasib baik untuk menjadi pihak yang disayangi atau yang diberi perhatian.

        Adakalanya apabila kita berada di alam persekolahan, kita merupakan pelajar kesayangan cikgu dan disenangi oleh orang lain. Kita menjadi keutamaan mereka dan apabila kita mula melangkah ke alam pekerjaan, kita mungkin jua termasuk dalam golongan yang tidak disukai oleh pihak atasan sebab hidup tidak selalunya indah-indah belaka. Adakalanya kita tersungkur lalu jatuh dan adakalanya juga kita maju ke depan. Namun kisah hidup seseorang insan ternyata berbeza bergantung pada untung nasib seseorang yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T

        Pokoknya, apakah penyebab kepada terjadinya sikap pilih kasih? Misz Lina sendiri pernah melalui itu semua dan sudah lali. Namun apa yang Misz Lina ingin ketengahkan di sini faktor kepada semua itu mungkin bergantung kepada cara pemikiran manusia. Sudah lumrah manusia menyukai kecantikann dan juga kepandaian seseorang. Bila kita cerdik atau mempunyai apa-apa jua kelebihan, sudah pasti itu akan menjadi aset kepada orang lain untuk mengutamakan kita.

        Secara peribadi, Misz Lina amat kesal dengan sikap pilih kasih yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat dan anda semua sudah tentu mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai isu pilih kasih, tapi yang penting walau di mana jua tempat kita berada sama ada di sekolah atau di tempat kerja, semaikan sikap berfikiran positif dalam diri supaya isu-isu sebegini tidak akan menyebabkan emosi anda berada di tahap yang tidak terkawal.

2 comments:

  1. ade juga ibu bapa sendiri yang pilih kasih..sedihkan...

    ReplyDelete
  2. ar2..,mgkn dipengaruhi oleh faktor yg tertentu spt kepandaian anak atau anak yg lawa atau hensem..,
    ad pendapat lain?

    ReplyDelete

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti ...