“Amar Makruf Nahi Mungkar”

Cuba kita perhatikan dan fikir semula bagaimana perhubungan kita sesama keluarga, kawan-kawan dan masyarakat yang lain. Dan lebih-lebih lagi hubungan kita dengan Allah S.W.T? Kalau semuanya ok dan berjalan lancar, Alhamdulilah. Tapi bagaimana pula sekiranya jika kita sering disisihkan keluarga dan masyarakat, cuba kita kaji semula di manakah silapnya. Adakah kita pernah menyakiti hati mereka atau mereka yang tidak senang dengan kehadiran kita hatta kerana perasaan tidak senang hati apabila melihat hidup orang lain senang sedikit? Itu semua adalah lumrah dalam kehidupan manusia, namun untuk menjadi insan yang disenangi oleh semua orang adalah sangat sukar sekali, Rasullullah S.A.W sendiri ada juga tidak disukai oleh orang-orang kafir Quraisy kerana bimbangkan kedudukan mereka akan tergugat dan apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Untuk memuaskan hati semua pihak adalah sangat sukar dan kita pasti akan dikritik oleh mana-mana p...