“Amar Makruf Nahi Mungkar”

Cuba kita perhatikan dan fikir semula bagaimana perhubungan kita sesama keluarga, kawan-kawan dan masyarakat yang lain. Dan lebih-lebih lagi hubungan kita dengan Allah S.W.T? Kalau semuanya ok dan berjalan lancar, Alhamdulilah. Tapi bagaimana pula sekiranya jika kita sering disisihkan keluarga dan masyarakat, cuba kita kaji semula di manakah silapnya. Adakah kita pernah menyakiti hati mereka atau mereka yang tidak senang dengan kehadiran kita hatta kerana perasaan tidak senang hati apabila melihat hidup orang lain senang sedikit?

Itu semua adalah lumrah dalam kehidupan manusia, namun untuk menjadi insan yang disenangi oleh semua orang adalah sangat sukar sekali, Rasullullah S.A.W  sendiri ada juga tidak disukai oleh orang-orang kafir Quraisy kerana bimbangkan kedudukan mereka akan tergugat dan apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Untuk memuaskan hati semua pihak adalah sangat sukar dan kita pasti akan dikritik oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pencapaian dan kebolehan kita.

Oleh itu, segeralah tanamkan sikap kesabaran yang tinggi dan sifat yang mulia itu suka memaafkan kesilapan orang lain. Saya akui sememangnya sukar untuk memaafkan perbuatan orang yang terlalu teruk bagi kita, namun kita harus sedar dia juga adalah insan yang tidak terlepas dari membuat kesilapan dan sekiranya dia betul-betul menyesal dengan perbuatannnya, tidak salah untuk kita memberi kemaafan kepadanya. Terimalah dia seadanya dan berusaha sama-sama untuk memperbaiki kesilapan dia.
Hanya dengan antara sifat-sifat mahmudah seperti di ataslah yang akan memberikan ketenangan kepada kita kerana kita tidak menyimpan dendam atau perasaan hasad dengki pada sesiapa. Sekiranya orang lain mendapat lebih daripada kita, ucapkanlah tahniah kepadanya sebagai penghargaan di atas usahanya selama ini. Itu menunjukkan kita ikhlas dalam melakukan apa jua perbuatan kita dalam seharian, kerana keikhlasanlah yang akan memberatkan amalan kebaikan kita timbangan al-mizan di hari perhitungan di akhirat nanti.

Tegasnya, binalah hubungan baik dengan Allah S.W.T dahulu kerana itulah yang perlu menjadikan keutamaan kerana kasihnya Allah kepada kita akan berkekalan buat selama-lamanya. Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang yang akan menjadi titik permulaan kepada sifat “Amar Makruf Nahi Mungkar”. Insya-Allah..,jika kita mendekatkan diri dengan Allah S.W.T , cahaya keimanan akan terpancar pada wajah kita dan menjadikan sesiapa yang mengenali kita akan merasa senang berdampingan dengan kita. Itulah tanda orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Insya-Allah..,

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Jalan-Jalan Cari Makan