Jalan-Jalan Cari Makan
Sebetulnya aku memang sudah lama teringin hendak makan ayam..,lebih-lebih lagi ayam KFC. Semenjak aku balik ke kelantan pada bermulanya cuti semester baru-baru ni, aku tidak lagi menikmati kelazatan ayam KFC. Seingat aku kali terakhir aku pergi ke sana adalah di kedai KFC yang terdapat di Kuala Berang bersama-sama kawan-kawanku bagi tujuan menyiapkan asigment kerana di situ ada wireless. Itu pun sudah agak lama aku rasa. Sehinggalah pada malam ini, keinginan aku tercapai sudah akhirnya apabila usai sahaja shopping di Pasaraya Tesco, Klang Bandar Diraja. Abang sulungku singgah di kedai KFC untuk menjamu selera. Disebabkan kaunter KFC penuh dengan orang ramai, kami bercadang untuk membungkus sahaja. Tambahan pula dia kerja pada malam ni, jadi takut tak sempat. Akhirnya aku dengan senang hati menjinjing plastik berisi ayam KFC..,dan tidak sangka malam ni hasratku tercapai. Alhamdulilah. Baru-baru ini a...