Jalan-Jalan Cari Makan


Sebetulnya aku memang sudah lama teringin hendak makan ayam..,lebih-lebih lagi ayam KFC. Semenjak aku balik ke kelantan pada bermulanya cuti semester baru-baru ni, aku tidak lagi menikmati kelazatan ayam KFC. Seingat aku kali terakhir aku pergi ke sana adalah di kedai KFC yang terdapat di Kuala Berang bersama-sama kawan-kawanku bagi tujuan menyiapkan asigment kerana di situ ada wireless. Itu pun sudah agak lama aku rasa.

        Sehinggalah pada malam ini, keinginan aku tercapai sudah akhirnya apabila usai sahaja shopping di Pasaraya Tesco, Klang Bandar Diraja. Abang sulungku singgah di kedai KFC untuk menjamu selera. Disebabkan kaunter KFC penuh dengan orang ramai, kami bercadang untuk membungkus sahaja. Tambahan pula dia kerja pada malam ni, jadi takut tak sempat. Akhirnya aku dengan senang hati menjinjing plastik berisi ayam KFC..,dan tidak sangka malam ni hasratku tercapai. Alhamdulilah.

        Baru-baru ini aku juga sempat memesan hidangan Chicken Cop di salah sebuah restoran yang terdapat di Pelabuhan Klang. Aku pun lupa apa nama restoran tersebut, tapi yang jelas ku lihat tempat tersebut amat sesuai untuk pasangan kekasih kerana restoran tersebut ada menyediakan sebuah tempat yang privasi dan hanya bertemankan sebuah cahaya dari lilin yang terletak cantik di dalam bekas kaca. Pengunjung juga disajikan dengan pemandangan yang menghadap ke arah pelabuhan di mana tempat-tempat kapal berlabuh. Mereka juga boleh menikmati keindahan suasana pantai pada waktu malam dan menghirup udara di celah kedinginan malam . Sungguh indah dan mengasyikkan. Ramai juga anak-anak muda yang berkunjung di sana, ku kira restoran ini sangat strategik lokasinya sehingga mampu menarik perhatian pengunjung untuk makan di sana.

        Kesimpulannya semakin jauh kita berjalan, semakin banyak yang akan kita jumpa. Pelbagai jenis ragam dan aneka masakan yang akan kita jumpa. Dari situlah kita akan belajar cara untuk menghargai hidup di mana ada banyak lagi keindahan dan keunikan tempat yang belum kita terokai.

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?