Alkisah Awang dan Solat Sunat



Cerita ini berlaku pada bulan puasa sekitar tahun 2006 yang lalu dan ianya benar-benar terjadi. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada seorang pelajar lelaki tingkatan 3 bernama Awang yang telah insaf akan dosanya yang telah meninggalkan solat selama ini.

Suatu petang ketika dia pulang awal dari sekolah kerana kelas tambahan telah dibatalkan, lalu dia bercadang untuk ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah. Dia sampai di masjid pada jam 3 petang, lalu dia menunaikan solat zuhur dengan khusyuknya. Dia juga tidak lupa mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan berzikir kepada Allah. Hal ini menimbulkan kekaguman pada orang-orang yang berada di masjib melihatnya yang sangat tekun beribadah.
 Dalam dia tekun memuji nama Allah sementara menunggu waktu Asar kerana dia ingin berjemaah bersama-sama Pak Imam di masjid tersebut. Kebetulan saat itu Pak Imam turut berada di situ yang sedang mengajar pakcik-pakcik  mengaji Al-Quran.
“Adik tak nak mengaji ke?” Sapa Pak Imam sebaik sahaja dia selesai mengajarkan seorang pak cik mengaji.
“Saya tak mengaji Pak Imam, saya tak pandai”. Jujur pengakuan dari Awang membuatkan dia sangat sebak dan setitis air matanya telah mengalir tanpa disedari oleh Pak Imam. Dia menyesali kesilapan masa lalunya yang mengabaikan pembelajaran bacaan kitab suci hingga menyebabkan dia tidak dapat menghabiskan pembacaannya yang terhenti di separuh jalan. Dia cuba menyembunyikan wajah supaya tidak diketahui Pak Imam yang dia sedang dalam kesedihan. 

Pak Imam dan Pak cik-pak cik yang berada di situ hanya mengelengkan kepala. Awang cuba menenangkan perasaannya hinggalah azan berkumandang dari suara bilal menandakan telah masuknya waktu Asar. Selesai azan, dia melihat ada antara para jemaah yang hadir menunaikan solat secara bersendirian tanpa mengikut Pak Imam. Ada juga antara mereka yang hanya duduk berteleku di sejadah sambil bertasbih. Awang kehairanan. Mengapa para jemaah tidak mengikut Pak Imam sedangkan kiraannya Pak Imam sedang menunaikan solat Asar. 

Dia serba salah sama ada mahu solat seperti orang lain ataupun hanya duduk berteleku di sejadah, hendak bertanya orang lain dia berasa segan. Tambahan pula orang lain sedang khusyuk bertasbih pada Allah, akhir sekali dia mengambil keputusan mahu solat Asar secara bersendirian . Sebaik sahaja dia membaca tahiyat akhir, dia sekali lagi kehairanan apabila melihat orang lain yang sedang bersembahyang tadi hanyalah menunaikan solat sebanyak dua rakaat sahaja bermakna itu bukanlah solat Asar.
Sebaik sahaja dia selesai menunaikan Solat Asar, barulah kedengaran bunyi iqamat. Kemudian Pak Imam segera bangun untuk mendirikan solat Asar.

“Adik dah sembahyang Asar kan, Boleh pak cik sembahyang kat tempat adik tu?” Soal seorang pak cik yang baru sampai.
“Boleh..,boleh. Silakan” Ahmad bangun dari tempat sembahyangnya memberi laluan pada jemaah lain untuk sembahyang bersama-sama Pak Imam. Sejenak dia terfikir akan hal itu sepanjang perjalanan pulang, sedari tadi lagi dia menunggu untuk sembahyang Asar bersama-sama Pak Imam, namun lain pula yang jadi. Sebaik sahaja sampai dirumah, hal ini tidak diberitahukan kepada sesiapa. 

Kebetulan pada pagi esoknya, ustazah di kelas mengajar tentang topik Solat Sunat Rawatib. Selepas mendengar penerangan daripada ustazah, barulah dia menyedari bahawa sembahyang dua rakaat yang ditunaikan oleh para jemaah yang lain semalam itu rupa-rupanya Solat Sunat Rawatib. Akhirnya dia berasa malu dan menyesal dengan sikapnya yang selama ni mengabaikan solat dan tidak pernah ambil cakna hal-hal agama.

Selepas baca cerita ini, apa rasanya pendapat korang mengenai Awang? Kongsikan bersama.

Comments

  1. bagus awang ni.. yg penting die dah sedar.. :)

    ReplyDelete
  2. kte kna bljar dari kesilapan kita yg lampau sbb kdg2 ianya akan memberi kesan pada negatif pada masa hadapan. apa lagi pandangan awk yg lain mgenai cerita ni..,

    ReplyDelete
  3. baguslah.. dia mahu berubah..
    tapi sikap malu bertanya tu kena ubah la..

    peraduan promosi blog selama sebulan kat blog saya masih dibuka. cuba baca artikel saya baik-baik.

    ReplyDelete
  4. saya tak dapat follow blog awak sebab widget bunga api ni kacau..kalau rasa tak penting buang ja wadget banyak-banyak ni.. memberatkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Jalan-Jalan Cari Makan