Tuesday, 21 June 2011

Luahan Cinta





Ya Allah,
Jika Cinta ini milik kami,
Dekatkanlah aku dengannya,
Jangan biarkan kami lalai dengan kehanyutan cinta,
Biarlah cintaku padanya tidak melebihi cintaku padaMu dan Rasul,
Limpahkan keberkatan dan rahmatMu ke atas kami,
Berikanlah kami kebahagiaan yang tidak terhingga.

Ya Allah,
Andai dia tidak tercipta untukku,
Kurniakanlah insan yang lebih baik dariku buat dia,
Jauhkanlah perasaan dendam dan benci antara kami,
Sulamkanlah antara kami satu jalinan kemesraan,
Walau tidak ditakdir hidup bersama-sama,
Sebetulnya aku reda dengan takdirmu.

SesungguhNya Y a Allah,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang,
Tunjukkanlah aku apa yang terbaik untuk diriku,
Kala dinihari ini aku mohon padaMu,
Berikanlah aku jodoh yang datang daripadaMu,
Jodoh yang akan membahagiakan aku dan dia hingga ke akhir hayat,
 Jodoh yang akan berkekalan hingga ke dunia dan akhirat,

Andai dia tulus menyayangi dan menyintaiku,
Andai cinta tidak bertepuk sebelah tangan,
Ingin sekali aku hidup bersamanya,
Jadikanlah aku sebagai wanita yang solehah,
Jauhilah kami dari sifat mazmumah,
Dekatkanlah kami dengan sifat mahmudah,
Agar hidup kami sentiasa dalam BarakahMu.

SesungguhNya Ya Allah,
Tiada Tuhan yang Layak disembah,
Melainkan engkau,
Oleh itu kami bermunajat padamu,
Panjangkanlah jodoh kami,
Agar kami bisa melayari sebuah bahtera masjid.
Engkau Tuhan yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui,
Selawat serta Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

**Ditujukan khas buat insan yang bakal bertakhta di hati**
7.14 pagi 22/06/2011

No comments:

Post a Comment

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti ...