Jatuh Cinta Lagi..!!!
Tajuk artikel blog kali ini lebih kepada tajuk lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Matta, namun bukanlah isu dalam lirik lagu Jatuh Cinta Lagi yang mahu diketengahkan. Ianya lebih kepada bagaimana keadaan kita apabila kita jatuh cinta kepada seseorang. Ramai orang yang terkeliru antara perasaan ini, hal ini adalah kerana rasa cinta lahir dari perasaan sayang. Mari kita kaji bagaimana perasaan cinta boleh hadir dalam perasaan manusia. Begini..,pada mulanya akan timbullah rasa menyenangi atau kagum pada seseorang..,sama ada kita kagum dengan keperibadian, tutur kata atau penampilan diri seseorang. Juga adakalanya ianya dimulakan dengan perasaan simpati kita terhadap seseorang. Namun mengikut kajian hanya 15 peratus sahaja perasaan cinta bermula dengan rasa kasihan pada seseorang. Dan terbuktilah bahawa perasaan simpati tidak boleh dijadikan alasan 100 peratus untuk kita jatuh cinta pada seseorang. Kemudian, ianya akan disertai dengan perasaan sayang, ianya mungkin wujud disebabkan ...