Jatuh Cinta Lagi..!!!


Tajuk artikel blog kali ini lebih kepada tajuk lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Matta, namun bukanlah isu dalam lirik lagu Jatuh Cinta Lagi yang mahu diketengahkan. Ianya lebih kepada bagaimana keadaan kita apabila kita jatuh cinta kepada seseorang. Ramai orang yang terkeliru antara perasaan ini, hal ini adalah kerana rasa cinta lahir dari perasaan sayang. Mari kita kaji bagaimana perasaan cinta boleh hadir dalam perasaan manusia.

Begini..,pada mulanya akan timbullah rasa menyenangi atau kagum pada seseorang..,sama ada kita kagum dengan keperibadian, tutur kata atau penampilan diri seseorang. Juga adakalanya ianya dimulakan dengan perasaan simpati kita terhadap seseorang. Namun mengikut kajian hanya 15 peratus sahaja perasaan cinta bermula dengan rasa kasihan pada seseorang. Dan terbuktilah bahawa perasaan simpati tidak boleh dijadikan alasan 100 peratus untuk kita jatuh cinta pada seseorang.

Kemudian, ianya akan disertai dengan perasaan sayang, ianya mungkin wujud disebabkan faktor si dia yang suka mengambil berat, selalu menolong dan sentiasa ada di saat kita memerlukan dia, si dia juga selalu membuat kita tersenyum dan membuat kita lupa buat seketika masalah yang melanda diri kita. 

Apabila kesemua itu sudah dilalui oleh kita, kita akan berfikir sejenak siapakah insan yang kita perlukan di saat kita memerlukan seseorang di sisi kita, minda kita akn mula terbayangkan si dia. Jantung kita akan berdebar-debar di saat kita memandang tepat ke arah matanya. Kita akan sentiasa mendambakan kehadirannya dan mula mengambil tahu akan segala-galanya mengenai dia samada melalui dia sendiri atau kawan-kawannya.

Jika ini berlaku, dah memang sahlah yang anda sudah jatuh cinta.., apabila anda jatuh cinta,tenangkanlah diri anda dan jangan tergesa-gesa meluahkan perasaan anda. Hal ini adalah kerana untuk menggelakkan anda daripada mendapat malu sekiranya anda hanyalah bertepuk sebelah tangan sahaja. Sebaiknya anda cuba bertanyakan isi hatinya dan cuba bagi hint padanya. Manalah tau sekiranya si dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda.Jadi, mudahlah sedikit usaha anda supaya anda untuk menambat hatinya.  

         Sebagai kesimpulannya, jatuh cinta itu memanglah mudah, namun untuk melupakan cinta adalah sangat perit buat seketika. Bak petikan dalam lirik lagu ST 12-Saat Terakhir..,

“1 jam saja ku telah bisa sayangi kamu di hatiku. Namun bagiku lupakanmu butuh waktuku seumur hidup”

MORAL OF THE STORY
“As we know, love is most Beautiful Things that we feel but something it was can make us suffer.”



Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Semanis gula itu sangat Menyakitkan