Gara-gara Seekor Tupai..!!!


           Hari ini merupakan hari pertama aku mendaftar untuk blog ini. Perasaan aku yang pertama adalah sangat teruja untuk mencoretkan suka duka aku di sini.

           Aku ingin berkongsi sebuah peristiwa yang membabitkan rumah di kampung. Pagi ini, aku dikejutkan dengan berita rumahku di kampung hampir-hampir terbakar. Hampir kaget aku mendengarnya, manakan tidak ianya berpunca daripada seekor tupai telah mengigit wayar elektrik yang disambungkan ke rumah aku sehingga menyebabkan ia meletup. Aku pun takde lah pandai sangat bab-bab elektrik ni, tapi menurut cerita. sejak dari semalam lagi lampu kat rumah samar-samar dan manakala pula kipas pula seakan semakin slow untuk berputar. 

Mungkin tiada siapa yang tahu akan keadaan itu merupakan titik tanda berlakunya letupan demi letupan pada  wayar yang digigit tupai. Kejadian itu disedari pada jam 6 pagi, seawal subuh menjelma. Ketika itulah letupan berlaku, namun syukurlah semua sudah selamat. xda apa-apa yang serius berlaku...Pihak Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) sudah dihubungi dan mereka telah membaiki segala kerosakan yang ada. 

Alhamdulilah..,syukur ke hadrat Ilahi.

MORAL OF THE STORY
"We should always carefully in every part in my life.., who know.., something bad will happen if we don't mind with it..,"

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Tips Menjadi Seorang Kekasih yang Setia Bahagian 1

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?