Posts

Showing posts from June, 2017

Semanis gula itu sangat Menyakitkan

Dalam kehidupan seharian, ramai yang memandang remeh akan tatasusila menjaga adab percakapan mahupun perbuatan. Misz sendiri adakala terlupa dalam mengamalkan dalam kehidupan seharian. Banyak aspek yang perlu kita perhatikan iaitu menjaga tutur kata agar ianya sedap dan manis untuk di dengar dan menjaga hati perasaan orang lain terutamanya apabila kita tengah marah. Memang sangat sukar bagi Misz sendiri yang memang susah nak kawal perasaan lagi-lagi apabila benda tu menyakitkan hati. Ada satu yang kita tahu tak ramai yang boleh buat iaitu SABAR Persoalannya sejauh mana kesabaran tu? Bagi Misz kalau kita dah tak boleh nak hadapi kemarahan better kita diam dari berterusan sakitkan hati orang kita sayang. Better lepas geram dengan menangis, tidur, makan dan sebagainya. Ada jugak yang menghilangkan sakit hati dengan pergi shopping. Apapun itu terpulang pada gaya hidup serta corak pemikiran masing-masing. Kalau Misz sendiri memang pergi tidur la ubat paling berkesan... hehehe...lepa

Harga Kesetiaan

Sebut saja kesetiaan, pasti ramai tertanya-tanya kesetiaan yang bagaimana harus ditunjuk supaya hubungan terbina benar-benar kukuh. Terkilan sangat apabila kesetiaan dicurah tak pernah dihargai, walau dijaga dengan sebegitu baik tetap mengkhianati. Lagi-lagi bila orang yang disayangi. Adakala kita perlu merenungi apa sebab muhasabab terjadi sedemikian, mungkin selama ini kita terlalu menyayangi memberi perhatian pada dia sehingga kita lupa apa yang lalaikan selama ini.. Iaitu kewajipan dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Mungkin Allah jarakkan hati dia dengan kita supaya kita sedar apa kesilapan yang dah kita buat selama dengan dia. hati manusia mudah berubah-ubah, kita siapa untuk merencanakan hati pemikiran Allah. Apabila diuji teruskan melangkah biarpun sakit sangat sebab Misz sendiri pernah merasakan kesakitan tu. Wahai hati, dalam ramai-ramai sekalipun orang, Allah memilih dirimu untuk diuji kerana kasih sayangNYA melebihi dari jangkaan kita sebagai

Pengalaman guru terbaik

Sedar tak sedar sudah 4 tahun berlalu  misz tak update kat laman blog ni. Sekarang ada misz ada buat perubahan yang segar sesuai dengan berlalunya usia Misz'..hehehe.. Sepanjang tempoh itu,banyak juga yang misz belajar dalam nak kenal diri sendiri. Bukan semudah ABC tau. Antara yang paling terkesan dalam hati adalah nilai kesyukuran di mana "Setiap apa yang kita nak tidak semestinya kita akan dapat. Kita dilahirkan untuk mempunyai sifat kesyukuran tawaduk dalam diri serta mesti mempunyai pegangan yang kukuh untuk berjaya. "BUKAN APABILA DAH BAHAGIA BARU KITA NAK BERSYUKUR, SEBALIKNYA BERSYUKUR BARULAH KITA AKAN BAHAGIA" Pengalaman pahit manis akan mendewasakan kita, jika kita merenung berfikir tentang apa yang jadi kat kita, kita akan jumpa di mana salah silap kita yang mungkin kita tak pernah lihat dalam diri tetapi boleh pula melihat dalam diri orang lain. Bukan senang manusia nak terima dan reda dengan kesalahan diri, mereka akan memberontak dalam diri da