Posts

Showing posts from May, 2011

Insan yang bernama S dan M

Image
Aku berkawan dengan semua lapisan umur masyarakat, tidak kira tua atau muda mahupun kanak-kanak atau belia remaja, dan juga tidak kira jantina lelaki atau perempuan sebab aku sememangnya suka berkawan sebab kata orang, semakin ramai kita kenal semakin luas pandangan. Aku mengenali S dan M sudah agak lama, Cuma yang bezanya aku terlebih dahulu mengenali S sejak dari tahun lepas lagi. Mereka ku kira mempunyai banyak persamaan iaitu tidak suka bermesej dan kalau ada apa-apa hal yang penting mereka akan menelefon terus.        Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza tapi yang penting mereka  seorang yang baik dan sesiapa yang dapat memiliki mereka, bertuahlah orang itu. Huhuhu..,, mereka tidak saling mengenali kerana S tinggal di Kelantan manakala M pula berada di Terengganu. Tapi aku tetap ingin coretkan perihal mereka yang menarik bagiku.        Bermula dengan S.., aku mengenalinya sejak aku di semester satu lagi, kebetulan nombor telefon aku dan ibunya hampir sama. Cuma membez

Jalan-Jalan Cari Makan

Image
Sebetulnya aku memang sudah lama teringin hendak makan ayam..,lebih-lebih lagi ayam KFC. Semenjak aku balik ke kelantan pada bermulanya cuti semester baru-baru ni, aku tidak lagi menikmati kelazatan ayam KFC. Seingat aku kali terakhir aku pergi ke sana adalah di kedai KFC yang terdapat di Kuala Berang bersama-sama kawan-kawanku bagi tujuan menyiapkan asigment kerana di situ ada wireless. Itu pun sudah agak lama aku rasa.         Sehinggalah pada malam ini, keinginan aku tercapai sudah akhirnya apabila usai sahaja shopping di Pasaraya Tesco, Klang Bandar Diraja. Abang sulungku singgah di kedai KFC untuk menjamu selera. Disebabkan kaunter KFC penuh dengan orang ramai, kami bercadang untuk membungkus sahaja. Tambahan pula dia kerja pada malam ni, jadi takut tak sempat. Akhirnya aku dengan senang hati menjinjing plastik berisi ayam KFC..,dan tidak sangka malam ni hasratku tercapai. Alhamdulilah.         Baru-baru ini aku juga sempat memesan hidangan Chicken Cop di salah sebuah restoran

Cinta atau Simpati.,???

Tidak tahu bagaimana harus aku mulakan ayat untuk menulis tentang tajuk tersebut. Dulu cinta amat aku cari-cari dalam hidup. Tapi sekarang hatiku sangat hambar terhadap cinta. Benarlah kata pujangga, cinta tak boleh dipaksa dan jangan sesekali menerima cinta kerana terpaksa atau simpati. Kelak diri sendiri akan merana. Aku sudah terkena tempiasnya dan yang menjadi mangsanya adalah seseorang terlalu baik untuk aku sehingga aku tak dapat nak menyambut huluran cintanya yang begitu mendalam. Biarlah aku kenalkan dia sebagai S. Teringat lagi semasa kami mula-mula berkenalan, ianya melalui kawan. Dia yang kebetulan baru lepas berpisah dengan bekas aweknya yang kebetulan seseorang yang aku kenali namun tidak rapat. Aku sangat simpati dengan nasibnya dan dia sering meluahkan perasaannya kepadaku. Sehinggalah pada suatu hari, dia meluahkan perasaan cintanya kepadaku. Aku betul-betul tidak menyangka dia berperasaan seperti itu, ketika itu aku tidak mempunyai perasaan cinta terhadapnya. Yang ad

Si Dia yang bernama H

        Dulu aku pernah mempunyai seorang kawan baik yang ku kenali sebagai H. Kami kenal melalui telefon, yang uniknya dia cakap dia ambil nombor telefonku melalui gabungan nombor plat kereta. Aku sekadar mengiyakan sahaja kerana bagiku semua itu tidak penting pun kerana bukan selalu kami berhubung disebabkan dia mengguna talian happy, manakala aku pula celcom. Hampir lama juga kami tidak berhubung langsung, ditambah pula dengan aku yang sibuk dengan pengajianku.         Dijadikan cerita, pada suatu hari. Semasa aku pulang ke kampung kerana ada kenduri tahlil, si dia tiba-tiba menelefonku dan bertanya khabar. Lama kami berbual panjang dan ketika itulah si dia menawarkan untuk membeli simcard happy kepadaku. Aku menolak dengan baik, namun dia tetap berkeras untuk membelinya. Aku membiarkan sahaja kerana padaku mungkin dia sekadar main-main saja. Namun tidakku sangka, dia menelefonku meminta alamatku di Terengganu kerana dia ingin pos simcard yang baru dibelinya kepadaku. Untuk tidak

Jatuh Cinta Lagi..!!!

Image
Tajuk artikel blog kali ini lebih kepada tajuk lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Matta, namun bukanlah isu dalam lirik lagu Jatuh Cinta Lagi yang mahu diketengahkan. Ianya lebih kepada bagaimana keadaan kita apabila kita jatuh cinta kepada seseorang. Ramai orang yang terkeliru antara perasaan ini, hal ini adalah kerana rasa cinta lahir dari perasaan sayang. Mari kita kaji bagaimana perasaan cinta boleh hadir dalam perasaan manusia. Begini..,pada mulanya akan timbullah rasa menyenangi atau kagum pada seseorang..,sama ada kita kagum dengan keperibadian, tutur kata atau penampilan diri seseorang. Juga adakalanya ianya dimulakan dengan perasaan simpati kita terhadap seseorang. Namun mengikut kajian hanya 15 peratus sahaja perasaan cinta bermula dengan rasa kasihan pada seseorang. Dan terbuktilah bahawa perasaan simpati tidak boleh dijadikan alasan 100 peratus untuk kita jatuh cinta pada seseorang. Kemudian, ianya akan disertai dengan perasaan sayang, ianya mungkin wujud disebabkan

Gara-gara Seekor Tupai..!!!

Image
            Hari ini merupakan hari pertama aku mendaftar untuk blog ini. Perasaan aku yang pertama adalah sangat teruja untuk mencoretkan suka duka aku di sini.            Aku ingin berkongsi sebuah peristiwa yang membabitkan rumah di kampung. Pagi ini, aku dikejutkan dengan berita rumahku di kampung hampir-hampir terbakar. Hampir kaget aku mendengarnya, manakan tidak ianya berpunca daripada seekor tupai telah mengigit wayar elektrik yang disambungkan ke rumah aku sehingga menyebabkan ia meletup. Aku pun takde lah pandai sangat bab-bab elektrik ni, tapi menurut cerita. sejak dari semalam lagi lampu kat rumah samar-samar dan manakala pula kipas pula seakan semakin slow untuk berputar.  Mungkin tiada siapa yang tahu akan keadaan itu merupakan titik tanda berlakunya letupan demi letupan pada   wayar yang digigit tupai. Kejadian itu disedari pada jam 6 pagi, seawal subuh menjelma. Ketika itulah letupan berlaku, namun syukurlah semua sudah selamat. xda apa-apa yang serius berlaku...Pih
Terbang tinggi burung kenari, Hinggap sebentar dahan melata, Assalaimualaikum salam diberi, Awal Bismillah pembuka kata. Macamner yer nak start perkenalan ni..,? Erm..,biasanya orang akan tanya dulu apa nama, umur kita. Baiklah, nama aku Nor Fadzlina. Orang biasa panggil dengan nama lina, Dulu adalah 'someone' ni panggil nama aku ina, lepas tu sekarang kiteorang dah lama x bhubung. Aku pun xtahu kenapa..., Ok.., berbalik semula pada tadi, umur aku br jer mencecah ke usia 19 tahun. Masih lagi anak dara sunti. Aku berasal dari Kampung Talang Kadok, dan sekarang menetap sementara di Selangor untuk menghabiskan cuti semester selama 9 minggu. Aku dari keluarga yang sederhana, namun itu bukan penghalang untuk aku mencapai sebuah kejayaan. Selepas je tamat menghabiskan pengajianku di Sekolah Menengah Kadok, aku menyambung pelajaranku dalam bidang Diploma Pengurusan Pelancongan di salah sebuah pusat pergajian terkemuka di Hulu Terengganu, negeri Terengganu yang lebih dikenali