Terbang tinggi burung kenari,
Hinggap sebentar dahan melata,
Assalaimualaikum salam diberi,
Awal Bismillah pembuka kata.


Macamner yer nak start perkenalan ni..,? Erm..,biasanya orang akan tanya dulu apa nama, umur kita. Baiklah, nama aku Nor Fadzlina. Orang biasa panggil dengan nama lina, Dulu adalah 'someone' ni panggil nama aku ina, lepas tu sekarang kiteorang dah lama x bhubung. Aku pun xtahu kenapa..., Ok.., berbalik semula pada tadi, umur aku br jer mencecah ke usia 19 tahun. Masih lagi anak dara sunti.

Aku berasal dari Kampung Talang Kadok, dan sekarang menetap sementara di Selangor untuk menghabiskan cuti semester selama 9 minggu. Aku dari keluarga yang sederhana, namun itu bukan penghalang untuk aku mencapai sebuah kejayaan. Selepas je tamat menghabiskan pengajianku di Sekolah Menengah Kadok, aku menyambung pelajaranku dalam bidang Diploma Pengurusan Pelancongan di salah sebuah pusat pergajian terkemuka di Hulu Terengganu, negeri Terengganu yang lebih dikenali dengan nama Bandaraya Persisiran Air.

Semester yang akan datang pada awal bulan tujuh ini, bermulalah kehidupanku sebagai pelajar semester ketiga. Pencapaianku pada semester yang lepas agak membanggakan diriku dan aku berazam akan melipatgandakan lagi usahaku untuk mencapai kejayaan yang aku harap-harapkan. Aku sedar banyak pengorbanan yang perlu ku lakukan seperti mengorbankan masa-masa rehatku untuk melakukan perkara lain yang lebih berfaedah.

Setakat ini, aku berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T.., dan aku juga sedar bahawa apabila semakin meningkat usia, semakin tinggi cabaran dan dugaan yang akan diharungi. Aku akur akan semua itu, tambah-tambah lagi dengan adanya ibubapa dan keluarga, sahabat handai serta orang-orang di sekelilingku yang sentiasa memberi aku semangat dan membuatkan aku lebih mergerti erti kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai warna-warni kegembiraan dan kedukaan. Aku ketawa, menangis, senyum adalah kerana mereka..,aku rasakan kehidupanku lebih bermakna dengan kehadiran mereka.

Aku juga rasa bertuah apabila memiliki ibubapa yang sangat memahami dan adik beradik yang ramai. Aku yang merupakan anak ke 7 dari 10 orang adik beradik menjadikan aku mempunyai 3 orang abang, 3 orang kakak dan juga 3 orang adik. Tidak ketinggalan juga, aku turut ada anak saudara seramai 4 orang. Sememangnya bilangan ahli keluargaku begitu ramai. Walaupun ramai, kami selalu berusaha untuk menjadi ahli keluarga yang baik.

Hidup seseorang akan terasa hambar sekiranya tiada berdampingan dengan kawan-kawan sahabat-handai. Aku juga turut tidak ketinggalan dan aku mempunyai kawan-kawan yang begitu memahami. Walaupun berada berjauhan, kami akan sentiasa bertanya khabar, tida kira melalui sms ataupun melalui laman sosial iaitu facebook. Aku suka berbual dan sentiasa berkawan tidak kira dengan sesiapapun. Tidak dilupakan juga dengan orang-orang sekelilingku yang sentiasa menyokongku dan membuatkan aku lebih menghargai erti hidup. Sesungguhnya dalam hidup ini, siapalah kita tanpa orang-orang tersayang seperti keluarga, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling..,

Mekar cempeka disinar bulan,
Harumnya ia dalam jambangan,
Terhulur sudah salam perkenalan,
Moga Ikatan Ukhuwah berpanjangan.



Thanks..,Shukriya, Shukran, Grasias dan terima kasih sebab sudi membaca. Salam Ukhuwah..,

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?