Thursday, 18 August 2011

Memorandum Hari Raya



        Lagi 11 hari saja lagi Umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilFitri, sudah tentu pelbagai persiapan telah dilakukan termasuk menyediakan pakaian, kasut, langsir yang baru. Tidak ketinggalan juga ada yang berhempas pulas membuat kek dan kuih raya bagi memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar. Kat radio pun sudah berkumandang lagu-lagu raya yang best, tapi yang uniknya kita tak pernah jemu mendengar lagu raya walaupun kita mendengar lagu yang sama tiap-tiap tahun. Kenapa ya..?


        Setakat ini Miss Lina tak banyak lagi beli barang-barang untuk persiapan menyambut 1 Syawal kerana lantaran masa yang tidak mengizinkan untuk Miss Lina berbuat demikian. Sepanjang dua tiga minggu lepas, masa Miss Lina banyak tertumpu pada asignment, kuiz dan presentation yang memerlukan komitmen dari Miss Lina untuk menyiapkannya. Jadi Miss Lina sangat busy dan masa untuk menulis blog pun tidak sempat.

        Alhamdulilah, semuanya dapat Miss Lina laksanakan dengan baik dan sekarang asignment pun dah tak banyak, yang ada cumalah tinggal presentation artikel bagi subjek marine ahad ni. Rasa kurang sikit bebanan sebagai seorang student. Chewahh..,hehehehe..,

        Sekarang baru terfikir nak beli kelengkapan raya seperti kasut, baju. Nasib baik kain tudung Miss Lina dah beli awal-awal kat Mundok hari tu. Lega rasanya. Itulah fenomena Hari Raya, masing-masing sibuk mahu menceriakan Hari Raya mereka dengan 1001 kelengkapan. Macamana pula dengan persiapan Hari Raya korang semua? Jom kita kongsi bersama..,

6 comments:

  1. xsbr rs..,msuk hari ni..,tinggl 9 ary lg..,huhu

    ReplyDelete
  2. tahun ni tak terasa raya sangat sebab kena beraya dengan assignment.. u_u'

    ReplyDelete
  3. adatlah tu jd student.., time krja nti msti xmrasa dh braya dgn asgment..,huhu

    ReplyDelete
  4. selamat hari rayer! salam perkenalan...marina bacer sini..

    www.marinafazli.blogspot.com

    ReplyDelete

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti ...