Posts

Showing posts from 2011

Kenapa Ada Pilih Kasih?

Image
         Mana-mana tempat pastinya akan ada istilah pilih kasih atau dianak tirikan sama ada baik di sekolah atau di tempat kerja. Orang yang dipinggirkan sudah tentu akan berasa sedih dan kecewa manakala orang yang diberi perhatian pula akan berasa bangga dan dihargai. Bagi Misz Lina, kita tidak akan sentiasa bernasib baik untuk menjadi pihak yang disayangi atau yang diberi perhatian.         Adakalanya apabila kita berada di alam persekolahan, kita merupakan pelajar kesayangan cikgu dan disenangi oleh orang lain. Kita menjadi keutamaan mereka dan apabila kita mula melangkah ke alam pekerjaan, kita mungkin jua termasuk dalam golongan yang tidak disukai oleh pihak atasan sebab hidup tidak selalunya indah-indah belaka. Adakalanya kita tersungkur lalu jatuh dan adakalanya juga kita maju ke depan. Namun kisah hidup seseorang insan ternyata berbeza bergantung pada untung nasib seseorang yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T         Pokoknya, apakah penyebab kepada terjadinya sikap pilih

Cara Bijak Menangani Api Kemarahan

Image
         Marah merupakan suatu perasaan yang boleh membuatkan individu akan hilang kawalan diri jika dia tidak bijak untuk mengawalnya. Malah, kemarahan juga boleh menjadikan diri sendiri hidup tidak tenang dan akan dijauhi oleh oleh sekeliling. Sudah tentu kita tidak mahu ianya terjadi ke atas kita kan? Misz Lina akui setiap manusia sememangnya tidak terlepas dari mempunyai sifat marah, namun kita seharusnya tahu bagaimana untuk menghadapinya. Kadang-kala ianya bukan saja terjadi pada diri kita sendiri, malah orang lain pun turut sama. Jadi, tips yang Misz Lina akan bagi ini adalah untuk sama-sama kita renung dan kongsikan bersama. 1.              Kenali apa itu perasaan marah di samping belajar untuk bersabar dan bertenang supaya kita mampu bertindak secara rasional. 2.             Berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa tindakan ketika dalam keadaan marah supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. 3.             Sebaik-baiknya mendiamkan diri adalah lebih baik dari berk

Bertambahkah Musuh Jika Tiada Kemaafan?

Image
         Setiap orang yang salah haruslah meminta maaf pada orang yang dia buat salah, malah ada yang bermurah hati mengalah dengan meminta maaf biarpun bukan dia yang melakukan kesalahan tersebut. Bagi Misz Lina, mungkin itu cara untuk kita menjernihkan keadaan supaya hal yang berlaku tidak akan berpanjangan.         Namun begitu, setiap manusia pasti juga mempunyai ego masing-masing dan adakala rasa ego itulah yang menyekat diri kita untuk meminta maaf.mengapa terjadi demikian? Adakah kita berasa martabat kita akan jatuh hanya kerana memohon maaf. Semulia-mulia insan adalah orang yang mengakui kesalahan biarpun mungkin dia akan ditertawakan, itu adalah lebih baik dari mendiamkan diri yang boleh menyebabkan orang lain tidak menyenangi kita.         Mengapa mencari musuh seandainya diri sendiri tidak boleh untuk mengawalnya. Cuba kita bayangkan jika kita mempunyai ramai musuh, kita nak pergi ke mana-mana tempat pun rasa tak selamat sebab khuatir akan terserempak dengan musuh tu.    

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?

Image
         Kesenangan, kecantikan paras rupa, kehalusan budi bahasa, kepandaian dalam seseuatu bidang ketinggian akhlak serta didikan agama yang cukup merupakan suatu aset yang amat bernilai dalam hidup. Ramai yang mengejar harta kekayaan untuk memenuhi keperluan dalam hidup, di samping mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi cantik atau segak bergaya. Dengan adanya wang kita mampu untuk melengkapkan agenda tersebut.         Namun Misz Lina ingin menegaskan di sini, mampu ke harta benda dan kecantikan paras rupa melengkapkan kesempurnaan dalam hidup? Di manakah letaknya nilai-nilai akhlak yang tinggi dan juga ilmu? Apa guna berwajah cantik namun tidak mempunyai ilmu atau mempunyai sifat yang negatif. Amatlah baik jika kita mempunyai didikan agama yang sempurna dan juga budi pekerti yang mulia kerana perkara itu mampu memberikan kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.         Jika seseorang itu mendalami sebaik-baiknya ilmu agama, dia tidak akan pernah berputus asa untuk berus

Memorandum Hari Raya

Image
         Lagi 11 hari saja lagi Umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilFitri, sudah tentu pelbagai persiapan telah dilakukan termasuk menyediakan pakaian, kasut, langsir yang baru. Tidak ketinggalan juga ada yang berhempas pulas membuat kek dan kuih raya bagi memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar. Kat radio pun sudah berkumandang lagu-lagu raya yang best, tapi yang uniknya kita tak pernah jemu mendengar lagu raya walaupun kita mendengar lagu yang sama tiap-tiap tahun. Kenapa ya..?         Setakat ini Miss Lina tak banyak lagi beli barang-barang untuk persiapan menyambut 1 Syawal kerana lantaran masa yang tidak mengizinkan untuk Miss Lina berbuat demikian. Sepanjang dua tiga minggu lepas, masa Miss Lina banyak tertumpu pada asignment, kuiz dan presentation yang memerlukan komitmen dari Miss Lina untuk menyiapkannya. Jadi Miss Lina sangat busy dan masa untuk menulis blog pun tidak sempat.         Alhamdulilah, semuanya dapat Miss Lina laksanakan dengan baik dan sekar

Apabila ditinggal kekasih

Image
         Berhentilah dari menyalahkan diri sendiri atau kekasih hati apabila anda dikecewakan oleh orang yang paling anda sayang. Sebaiknya berdoalah agar dia diberikan insan yang lebih baik dari anda. Usah dikenangkan lagi dengan apa yang berlalu, teruskan dengan apa yang bakal mendatang.         Ada juga insan yang ditinggalkan kekasih kerana ada insan ketiga,anda seharusnya bersyukur kerana Allah dah tunjukkan siapa dia yang sebenar. Itu adalah lebih baik dari meneruskan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan , itu adalah sia-sia kerana cinta itu tak boleh dipaksa. Jika dirimu mendapat tahu bahawa si dia sudah tidak lagi menyintaimu, lepaskanlah dia dan biarlah dia berbahagia dengan insan yang dicintainya.         Apabila kita reda dan yakin dengan ketentuan Ilahi, hati kita akan menjadi tenang dan secara tak langsung kita mampu untuk melupakan dia sedikit demi sedikit. Sejurus itu, cubalah mencari pengganti yang sesuai kerana setiap orang berhak untuk hidup bahagia dengan insa

Bila Cinta Mulai Pudar

Image
         Tajuk inilah yang paling ditakuti oleh mana-mana pasangan yang berkasih mahupun yang berumahtangga. Pudarnya cinta bermakna hilanglah segala keserian dalam sesebuah perhubungan dan sdah tiada manisnya lagi malah akan mencipta derita. Semua orang memerlukan cinta kerana mereka akan lebih bersemangat untuk menjalani hidup.         Namun bagiku dalam perhubungan cinta, jika kita berperasaan demikian kita masih lagi boleh menarik diri dalam percintaan tersebut. Kita tak boleh salahkan diri sendiri jika cinta kita padanya semakin pudar, hal ini kerana banyak penyebab yang menjadi kita menjadi begitu. Mungkin disebabkan sikapnya yang terlalu mengongkong membuatkan kita cepat bosan atau faktor-faktor luaran seperti berjauhan atau bertemu dengan insan lain.         Tapi sekiranya kita sudah mendirikan rumahtangga dengannya, usahlah sesekali terfikir untuk menarik diri dari perkahwinan kerana banyak isu yang akan timbul. Tambah-tambah pula jika mempunyai anak. Sudah tentu prosesnya

Tips Menjadi seorang Kekasih yang Setia Bahagian 2

  Ni sambungan dari Tips yang aku bagi pada artikel yang lepas. Sebenarnya dah lama ada aku simpan. Sekarang baru aku sempat publish. Selamat Membaca! 1.      Gunakanlah kemudahan teknologi canggih seperti 3G, Webchat, Webcam atau menghantar gambar anda yang terkini supaya anda tidak pernah berasa dia jauh dari anda. Contohnya kalau anda pergi bercuti atau berkelah bersama kawan-kawan, jangan lupa send gambar tersebut padanya agar dia tidak terlepas saat-saat suka duka anda. 2.     Sebaik-baiknya jangan terlalu rapat dengan lelaki atau perempuan lain kerana khuatir akan perasaan itu berubah melebihi dari seorang kawan. Berpada-padalah dalam berkawan dan janganlah biar ia melebihi batas. 3.     Apabila tiba saat hari istimewa pasangan seperti hari jadi atau hari ulangtahun perhubungan, kirimkan mesej atau panggilan tanda anda mengingatinya. Boleh juga utuskan bunga, hadiah atau sekeping kad yang bertuliskan perkataan yang romantik supaya pasangan berasa dihargai. 4.     Sentias
Semenjak aku pulang ke kampung halamanku, lama juga aku tidak mencoretkan sesuatu di laman blog aku. Sesekali terasa rindu pula untuk mengetuk-getuk keyboard laptop bagi mencurahkan apa yang bermain dalam hati. Selesai sahaja merancang perbelanjaan bagi satu semester, hatiku terdetik untuk menyambung kembali hobiku yang agak lama terhenti. Masuk hari ini, hampir 4 hari sahaja lagi aku bakal menjejakkan kaki ke bumi Terengganu yang banyak meninggalkan kenangan suka dan duka aku sebagai seorang pelajar. Rasanya sudah tidak sabar lagi untuk aku memulakan rutin harianku sebagai seorang pelajar Pengurusan Pelancongan. Sudah tentu akan banyak aku pelajari di sana sebagai salah seorang penuntut di semester tiga. Halaman kampung yang sudah hampir dua bulan aku tidak menjengah kelihatan begitu banyak benar berubahnya. Kediamanku juga turut berubah walaupun tidak banyak, sementara pula hutan dan semak di belakang rumahku ditebang dan diratakan, kelihatan nampak berbeza sekali kerana dulu disit

Tips Menjadi Seorang Kekasih yang Setia Bahagian 1

Image
Kali ni aku ingin berkongsi artikel mengenai cara untuk menjadi kekasih yang setia, tambah-tambah lagi bercinta pada jarak yang jauh. Sudah tentu ada banyak cabaran dan dugaan. Jadi untuk menghadapinya dengan bijaksana, luangkanlah masa anda untuk membaca artikel ni. 1.      Terima pasangan dengan seadanya termasuklah segala kekurangan dan kelemahan yang ada padanya. Dia tidak boleh menjadi seperti yang kita mahu, jadi kita kena belajar menyesuaikan diri dengan caranya. 2.     Kenali hati budi pasangan dengan sebaiknya. Tahu apa yang dia suka dan tidak suka kerana hal ini akan menimbulkan keserasian antara anda dengan dia. Dia juga akan merasakan posisi dia sangat penting dan menjadi keutamaan dalam hidup anda. 3.     Ciptakan pelbagai kenangan dan memori yang indah bersama si dia contohnya berjalan-jalan di tepi pantai , tasik atau tempat-tempat yang indah. Jangan lupa untuk bergambar dan letakkan gambar tersebut di tempat yang anda sering lihat supaya walau di mana jua anda berada

Alkisah Awang dan Solat Sunat

Image
Cerita ini berlaku pada bulan puasa sekitar tahun 2006 yang lalu dan ianya benar-benar terjadi. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada seorang pelajar lelaki tingkatan 3 bernama Awang yang telah insaf akan dosanya yang telah meninggalkan solat selama ini. Suatu petang ketika dia pulang awal dari sekolah kerana kelas tambahan telah dibatalkan, lalu dia bercadang untuk ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah. Dia sampai di masjid pada jam 3 petang, lalu dia menunaikan solat zuhur dengan khusyuknya. Dia juga tidak lupa mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan berzikir kepada Allah. Hal ini menimbulkan kekaguman pada orang-orang yang berada di masjib melihatnya yang sangat tekun beribadah.  Dalam dia tekun memuji nama Allah sementara menunggu waktu Asar kerana dia ingin berjemaah bersama-sama Pak Imam di masjid tersebut. Kebetulan saat itu Pak Imam turut berada di situ yang sedang mengajar pakcik-pakcik  mengaji Al-Quran. “Adik tak nak mengaji ke?” Sapa Pak Imam sebaik sahaja dia s

Luahan Cinta

Image
Ya Allah, Jika Cinta ini milik kami, Dekatkanlah aku dengannya, Jangan biarkan kami lalai dengan kehanyutan cinta, Biarlah cintaku padanya tidak melebihi cintaku padaMu dan Rasul, Limpahkan keberkatan dan rahmatMu ke atas kami, Berikanlah kami kebahagiaan yang tidak terhingga. Ya Allah, Andai dia tidak tercipta untukku, Kurniakanlah insan yang lebih baik dariku buat dia, Jauhkanlah perasaan dendam dan benci antara kami, Sulamkanlah antara kami satu jalinan kemesraan, Walau tidak ditakdir hidup bersama-sama, Sebetulnya aku reda dengan takdirmu. SesungguhNya Y a Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Tunjukkanlah aku apa yang terbaik untuk diriku, Kala dinihari ini aku mohon padaMu, Berikanlah aku jodoh yang datang daripadaMu, Jodoh yang akan membahagiakan aku dan dia hingga ke akhir hayat,  Jodoh yang akan berkekalan hingga ke dunia dan akhirat, Andai dia tulus menyayangi dan menyintaiku, Andai cinta tidak bertepuk sebelah tangan, Ingin sekali aku hidup bers

Masa Yang Ditinggalkan

Image
Kita diberikan masa 24 jam dalam sehari..,adakah kita menggunakan waktu tersebut dengan begitu bermanfaat sekali? Renung-renungkanlah dan muhasabah balik apa yang kita lakukan sepanjang hari ini. Adakah ianya membawa kebaikan atau keburukan pada diri sendiri dan orang lain? Hanya kita sahaja yang boleh menentukannya. Seboleh-bolehnya biarlah apa jua yang kita lakukan pada hari ini membawa manfaat kepada orang lain supaya kita turut mendapat kebaikannya.         Banyak perkara yang boleh dilakukan pada masa senggang, contohnya membuat aktiviti yang digemari contohnya berkayak, beriadah bersama keluarga dan juga memancing, bila kita melakukan perkara yang kita sukai, kita akan lebih fokus dan bersemangat. Carilah hobi yang boleh mendatangkan faedah kepada diri sendiri dengan menghabiskan masa sebaiknya. Ingatlah bahawa masa yang berlalu takkan sesekali menunggu kita, janganlah menjadi hamba kepada masa. Uruskanlah masa dengan efektif sebelum masa itu menguruskan kita.          Buatl

Ayah Oh Ayah

Image
Kasih Ibu bawa ke Syurga, Kasih Ayah Tanpa Sempadan, Kasih Guru tiada terhingga, Kemuncak Murni Kemuliaan Insan.         Sempena hari bapa ini, aku ingin sekali mencoretkan sesuatu buat penghargaan bagi kaum adam yang bergelar bapa di luar sana. Kita tidak akan lahir ke dunia ini tanpa ibubapa. Bapa juga sama penting seperti seorang ibu kerana keredaan Allah s.w.t terletak pada keredaan ibubapa. Lihatlah betapa Allah memerintahkan agar kita menjadi anak yang soleh kepada ibubapa kita. Tanggungjawab seorang bapa amatlah besar kerana orang lelaki perlu memikul mandat yang lebih tinggi dari wanita kerana mereka dikurniakan satu nafsu dan 99 akal.         Orang lelaki merupakan pemimpin dalam keluarga, jatuh bangun rumahtangga tersebut terletak padanya dengan dibantu oleh suri hidupnya iaitu ibu kita. Mereka perlu bekerja untuk memberi nafkah, di samping itu mereka juga perlu menjaga kebajikan dan keselamatan keluarga. Seorang bapa juga wajib memberikan pendidikan agama yang secukup

Nikmatnya Makanan di Syurga

Image
Sempena di hari jumaat, segala penghulu hari ini, aku ingin berkongsi cerita benar yang ku petik dari sebuah artikel Majalah Solusi, majalah yang sangat padat dengan Panduan Hidup Bersyariat. Sabda Rasullullah s.a.w , mafhumnya “Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namun mereka tidak meludah, kencing, buang air ataupun mengeluarkan hingus.” Para Sahabat bertanya “Laku apa jadi dengan makanan mereka?” Rasullullah s.a.w menjawab “Menjadi peluh yang berbau kasturi. Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas.” ( Riwayat Imam Muslim daripada Jabir r.a. )         Kalau sedikit makanan dari syurga dimakan oleh kita di dunia ini, nescaya kita tidak akan berasa lapar buat selama-lamanya dan yang menakjubkan adalah hal ini benar-benar berlaku seperti mana yang diceritakan oleh Imam Tajuddin Ibn al-Subki ( w.771H ) dalam kitabnya iaitu Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra ( beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim) menge

Tips menghadapi Kekecewaan

Image
Seringkali kita sering kecewa dalam hidup apabila harapan yang kita bina tak menjadi, saat itu mulalah kita merasa sangat sedih dan sukar menerima hakikat yang sebenar. Sedangkan kita lupa bahawa segala-gala yang berlaku adalah yang telah ditakdirkan dan kita  hanya perlu menjalaninya sahaja. Banyak jenis kekecewaan yang ada antaranya adalah kekecewaan dalam percintaan, tidak mendapat apa yang dihajati, sukar menerima hakikat dengan apa yang berlaku dan pelbagai lagi.  sabar-sabar..,kot yer pun nak marah. Takkan sampai nak gigit laptop plak..,hehe Untuk menggelakkan kita daripada berputus asa setelah mengalami kekecewaan, di sini aku ingin berkongsi beberapa tips yang boleh kita praktikkan. 1.       Tenangkan diri di saat mengetahui harapan yang kita bina berkecai di tengah jalan, Perbanyakkan istighfar kerana ditakuti kita membuat sesuatu diluar dugaan kerana maklumlah apabila kita dalam keadaan tertekan macam-macam boleh berlaku. 2.      Muhasabah diri kita dan tanya kenapa semua