Nikmatnya Makanan di Syurga

Sempena di hari jumaat, segala penghulu hari ini, aku ingin berkongsi cerita benar yang ku petik dari sebuah artikel Majalah Solusi, majalah yang sangat padat dengan Panduan Hidup Bersyariat.

Sabda Rasullullah s.a.w , mafhumnya
“Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namun mereka tidak meludah, kencing, buang air ataupun mengeluarkan hingus.”
Para Sahabat bertanya “Laku apa jadi dengan makanan mereka?”
Rasullullah s.a.w menjawab “Menjadi peluh yang berbau kasturi. Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas.” ( Riwayat Imam Muslim daripada Jabir r.a. )

        Kalau sedikit makanan dari syurga dimakan oleh kita di dunia ini, nescaya kita tidak akan berasa lapar buat selama-lamanya dan yang menakjubkan adalah hal ini benar-benar berlaku seperti mana yang diceritakan oleh Imam Tajuddin Ibn al-Subki ( w.771H ) dalam kitabnya iaitu Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra ( beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim) mengenai seorang wanita yang baru kematian suaminya yang terkorban mati syahid dalam peperangan.

        Wanita tersebut bermimpi didatangi suaminya di dalam Syurga. Si suami memberi si isteri sedikit daripada makanannya syurga yang sedang disantap olehnya. Wanita itu berkata “Bentuknya seperti roti namun warnanya lebih putih daripada salji dan susu. Rasanya lebih manis daripada madu dan gula. Lebih lembut daripada mentega dan samin”.

        Setelah terjaga daripada tidurnya, wanita tersebut berasa sangat kenyang. Dan sejak hari itu, beliau tidak pernah berasa lapar atau haus lagi. Wanita itu juga tidak pernah mengeluarkan najis sehingga akhir hayatnya.

        Indahnya hidup di Syurga, jauh berbeza hidup di dunia, jadikan ia sebagai semangat untuk meningkatkan amal ibadah dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T, Renung-renungkanlah dan sebarkan untuk manfaat bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?