Tips menghadapi Kekecewaan

Seringkali kita sering kecewa dalam hidup apabila harapan yang kita bina tak menjadi, saat itu mulalah kita merasa sangat sedih dan sukar menerima hakikat yang sebenar. Sedangkan kita lupa bahawa segala-gala yang berlaku adalah yang telah ditakdirkan dan kita  hanya perlu menjalaninya sahaja. Banyak jenis kekecewaan yang ada antaranya adalah kekecewaan dalam percintaan, tidak mendapat apa yang dihajati, sukar menerima hakikat dengan apa yang berlaku dan pelbagai lagi. 
sabar-sabar..,kot yer pun nak marah. Takkan sampai nak gigit laptop plak..,hehe

Untuk menggelakkan kita daripada berputus asa setelah mengalami kekecewaan, di sini aku ingin berkongsi beberapa tips yang boleh kita praktikkan.

1.     Tenangkan diri di saat mengetahui harapan yang kita bina berkecai di tengah jalan, Perbanyakkan istighfar kerana ditakuti kita membuat sesuatu diluar dugaan kerana maklumlah apabila kita dalam keadaan tertekan macam-macam boleh berlaku.

2.    Muhasabah diri kita dan tanya kenapa semua itu boleh terjadi. Di manakah silapnya dan kalau ianya berpunca dari kita, segera memperbaiki keadaan. Jangan menyalahkan diri secara berlebihan kerana itu boleh membuatkan kita semakin rendah diri.
3. 
3.   Kembali berpijak di bumi yang nyata. Walaupun teruk sangat kekecewaan yang melanda kita, ingatlah bahawa ada lagi nasib orang lain yang lebih malang dari kita. Kita seharusnya sedar akan lumrah kehidupan kita sebagai manusia yang sering dipenuhi dengan suka dan duka.

4.     Sentiasa berfikiran positif dengan cuba menerima keadaan tersebut dan yakin kekecewaan kita pada hari ini akan digantikan dengan kebahagiaan dan kegembiraan setelah kita bersabar dan tawakal pada Allah. Ingatlah bahawa kita sedang diuji untuk mengetahui sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T

5.     Jangan mengambil jalan yang mudah dengan lari daripada masalah kerana walaupun kita berada di tempat lain, masalah yang sama akan berulang sekiranya kita tidak menghadapinya. Walaupun perit, cubalah untuk menanganinya dengan berhemah dan bijaksana.

6.     Yakinlah pada takdir dan ketentuan Allah, walaupun kecewa jangan sesekali putus asa kerana rezeki ada di mana-mana, Cuma tinggal kita je untuk berusaha mendapatkannya. 

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?