Sunday, 17 February 2013

Bila si Dia Curang



     Siapa-siapa yang baca tajuk artikel ini pun mesti akan tersentak jika mereka pernah mempunyai pengalaman diduakan oleh kekasih hati.  Namun begitu, bagi Misz Lina sebagai orang yang diduakan kita tidak terlepas dari merasa sakit hati, kecewa dan berbagai lagi.  Pernahkah kita menyelami hati orang yang menduakan kekasih, adakah dia berasa bahagia dengan melukakan hati orang yang betul-betul menyayangi mereka? Fikir-fikirkanlah.
     Jika kita telah diduakan, sebaiknya kita bertenang dan muhasabah diri.  Janganlah menyalahkan orang lain tanpa sebab yang munasabab, cari penyelesaian dan renungkan apa puncanya dengan menyelami kisah percintaan di awal dan akhir.  Seandainya kita sendiri yang menjadi penyebab, berhentilah dari menyalahkan diri sendiri dan berusaha untuk mengubah sikap.

     Andainya ianya berpunca dari si Dia atau orang ketiga, usahlah bersedih kerana itu semua adalah dugaan buatmu.  Lebih baik kecewa sekarang dari kecewa di kemudian hari.  Dirimu berhak untuk hidup bahagia dengan sesiapa sahaja yang kamu sukai.  Janganlah menyeksa diri di atas perpisahan yang tidak dipinta.

Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti ...