Bila si Dia Curang
Siapa-siapa
yang baca tajuk artikel ini pun mesti akan tersentak jika mereka pernah
mempunyai pengalaman diduakan oleh kekasih hati. Namun begitu, bagi Misz Lina sebagai orang
yang diduakan kita tidak terlepas dari merasa sakit hati, kecewa dan berbagai
lagi. Pernahkah kita menyelami hati
orang yang menduakan kekasih, adakah dia berasa bahagia dengan melukakan hati
orang yang betul-betul menyayangi mereka? Fikir-fikirkanlah.
Jika
kita telah diduakan, sebaiknya kita bertenang dan muhasabah diri. Janganlah menyalahkan orang lain tanpa sebab
yang munasabab, cari penyelesaian dan renungkan apa puncanya dengan menyelami
kisah percintaan di awal dan akhir.
Seandainya kita sendiri yang menjadi penyebab, berhentilah dari
menyalahkan diri sendiri dan berusaha untuk mengubah sikap.
Andainya
ianya berpunca dari si Dia atau orang ketiga, usahlah bersedih kerana itu semua
adalah dugaan buatmu. Lebih baik kecewa
sekarang dari kecewa di kemudian hari.
Dirimu berhak untuk hidup bahagia dengan sesiapa sahaja yang kamu
sukai. Janganlah menyeksa diri di atas
perpisahan yang tidak dipinta.
Comments
Post a Comment