Cara Bijak Menangani Api Kemarahan


        Marah merupakan suatu perasaan yang boleh membuatkan individu akan hilang kawalan diri jika dia tidak bijak untuk mengawalnya. Malah, kemarahan juga boleh menjadikan diri sendiri hidup tidak tenang dan akan dijauhi oleh oleh sekeliling. Sudah tentu kita tidak mahu ianya terjadi ke atas kita kan? Misz Lina akui setiap manusia sememangnya tidak terlepas dari mempunyai sifat marah, namun kita seharusnya tahu bagaimana untuk menghadapinya. Kadang-kala ianya bukan saja terjadi pada diri kita sendiri, malah orang lain pun turut sama. Jadi, tips yang Misz Lina akan bagi ini adalah untuk sama-sama kita renung dan kongsikan bersama.
1.             Kenali apa itu perasaan marah di samping belajar untuk bersabar dan bertenang supaya kita mampu bertindak secara rasional.
2.            Berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa tindakan ketika dalam keadaan marah supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
3.            Sebaik-baiknya mendiamkan diri adalah lebih baik dari berkata-kata kerana dalam keadaan marah, kita tidak sedar apa yang kita ucapkan adakalanya ia boleh menguris perasaan orang lain.
4.            Mengambil air wuduk serta memperbanyakkan istighfar serta selawat pada Nabi untuk menenangkan diri.
5.            Apabila perasaan marah sudah tidak terkawal lagi, segera meninggalkan tempat tersebut dan pergi ke suatu tempat yang boleh menenangkan kita seperti tasik, pantai atau taman.
6.            Kalau dah tak boleh sangat nak tahan kemarahan, masuk ke bilik dan tidur dengan harapan selepas kita tersedar dari tidur, api kemarahan akan berkurangan seketika.

Misz Lina tahu agak sukar untuk kita mengawal kemarahan, tambah-tambah lagi bila ianya sudah mencapai kemuncak, Misz Lina sendiri pernah mengalaminya. Namun kita harus sedar apa implikasi dari kemarahan yang tidak terkawal yang akan memberi kesan yang negatif kepada diri sendiri atau orang lain. Cuba anda renungkan sejenak kesan-kesan dari kemarahan yang tidak terkawal di sekeliling anda, ramai yang menjadi mangsa seperti mangsa pukul disebabkan sikap yang mudah marah dan banyak lagilah perkara-perkara negatif yang lain. Sebaik-baiknya kawallah emosi sebelum emosi mengawal anda.

Sebarang pendapat dan cadangan lain amat dialu-alukan.

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?