Bertambahkah Musuh Jika Tiada Kemaafan?

        Setiap orang yang salah haruslah meminta maaf pada orang yang dia buat salah, malah ada yang bermurah hati mengalah dengan meminta maaf biarpun bukan dia yang melakukan kesalahan tersebut. Bagi Misz Lina, mungkin itu cara untuk kita menjernihkan keadaan supaya hal yang berlaku tidak akan berpanjangan.

        Namun begitu, setiap manusia pasti juga mempunyai ego masing-masing dan adakala rasa ego itulah yang menyekat diri kita untuk meminta maaf.mengapa terjadi demikian? Adakah kita berasa martabat kita akan jatuh hanya kerana memohon maaf. Semulia-mulia insan adalah orang yang mengakui kesalahan biarpun mungkin dia akan ditertawakan, itu adalah lebih baik dari mendiamkan diri yang boleh menyebabkan orang lain tidak menyenangi kita.

        Mengapa mencari musuh seandainya diri sendiri tidak boleh untuk mengawalnya. Cuba kita bayangkan jika kita mempunyai ramai musuh, kita nak pergi ke mana-mana tempat pun rasa tak selamat sebab khuatir akan terserempak dengan musuh tu.

        Lebih baik kita tidak berkawan biasa dan tidak rapat dari kita saling bermusuhan. Misz Lina tahu mesti sukar untuk menerima semula orang yang pernah melakukan kesalahan dari hidup dia. Sekarang, tenangkan diri anda dan set kan dalam minda anda untuk berfikir positif, ingat semula apa yang pernah berlaku antara anda dan musuh, bisikkan dalam sanubari anda, aku dah memaafkan dia.., tapi untuk berbaik semula seperti dahulu akan memerlukan masa. Sentiasalah berbaik sangka supaya hidup ada akan tenang. Insya-Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?