Semenjak aku pulang ke kampung halamanku, lama juga aku tidak mencoretkan sesuatu di laman blog aku. Sesekali terasa rindu pula untuk mengetuk-getuk keyboard laptop bagi mencurahkan apa yang bermain dalam hati. Selesai sahaja merancang perbelanjaan bagi satu semester, hatiku terdetik untuk menyambung kembali hobiku yang agak lama terhenti.

Masuk hari ini, hampir 4 hari sahaja lagi aku bakal menjejakkan kaki ke bumi Terengganu yang banyak meninggalkan kenangan suka dan duka aku sebagai seorang pelajar. Rasanya sudah tidak sabar lagi untuk aku memulakan rutin harianku sebagai seorang pelajar Pengurusan Pelancongan. Sudah tentu akan banyak aku pelajari di sana sebagai salah seorang penuntut di semester tiga.

Halaman kampung yang sudah hampir dua bulan aku tidak menjengah kelihatan begitu banyak benar berubahnya. Kediamanku juga turut berubah walaupun tidak banyak, sementara pula hutan dan semak di belakang rumahku ditebang dan diratakan, kelihatan nampak berbeza sekali kerana dulu disitu dipenuhi dengan hutan serta pokok-pokok yang menjalar di sana sini.

Waktu pagi pula, aku suka bangun pada seawal jam 6 pagi kerana pada masa itu sangat tenang dan mendamaikan perasaanku. Selebihnya aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel,itu juga merupakan salah satu hobi yang lama aku tinggalkan lantaran ketiadaan waktu kerana sibuk dengan urusan harianku sebagai seorang pelajar.

Aku berasa senang sekali dengan situasi sebegini kerana aku bisa bebas dan boleh membuat apa yang aku suka tanpa disekat atau dipaksa oleh orang lain. Itulah kebahagiaan yang sebenar-benarnya sebab aku tak boleh hidup dalam kongkongan sesiapa. Sudah terlalu berjela-jelalah pulak coretan aku. Oklah cukuplah dulu setakat ni, sekarang aku mahu sambung membaca novel pula.

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Jalan-Jalan Cari Makan