Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?

        Kesenangan, kecantikan paras rupa, kehalusan budi bahasa, kepandaian dalam seseuatu bidang ketinggian akhlak serta didikan agama yang cukup merupakan suatu aset yang amat bernilai dalam hidup. Ramai yang mengejar harta kekayaan untuk memenuhi keperluan dalam hidup, di samping mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi cantik atau segak bergaya. Dengan adanya wang kita mampu untuk melengkapkan agenda tersebut.

        Namun Misz Lina ingin menegaskan di sini, mampu ke harta benda dan kecantikan paras rupa melengkapkan kesempurnaan dalam hidup? Di manakah letaknya nilai-nilai akhlak yang tinggi dan juga ilmu? Apa guna berwajah cantik namun tidak mempunyai ilmu atau mempunyai sifat yang negatif. Amatlah baik jika kita mempunyai didikan agama yang sempurna dan juga budi pekerti yang mulia kerana perkara itu mampu memberikan kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.

        Jika seseorang itu mendalami sebaik-baiknya ilmu agama, dia tidak akan pernah berputus asa untuk berusaha bagi melengkapkan lagi hidupnya kerana dalam Islan, tidak pernah ada istilah berputus asa. Malahan turut menyatakan bahawa rezeki itu ada di mana-mana selagi kita tidak jemu menyemai usaha bagi untuk menuai kejayaan di hari muka. Selagi kita berpegang teguh pada ajaran Islam dan sentiasa mengingati Allah S.W.T , nescaya hidup kita akn sentiasa dipermudahkan untuk mencari rezeki di muka bumi ini.

        Pentingkah kesempurnaan yang merangkumi semua aspek dalam hidup? Misz Lina percaya tidak ada manusia melainkan Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang maksum. Ada yang kaya tapi tak berakhlak, ada yang baik budi pekerti namun tidak mempunyai harta, yang cantik tapi tiada kepandaian dalam apa-apa jua bidang. Jadi, masing-masing sama-sama mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam hidup ini. Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, terimalah seadanya diri kita. Waallahualam..,


Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Semanis gula itu sangat Menyakitkan