Insan yang bernama S dan M


Aku berkawan dengan semua lapisan umur masyarakat, tidak kira tua atau muda mahupun kanak-kanak atau belia remaja, dan juga tidak kira jantina lelaki atau perempuan sebab aku sememangnya suka berkawan sebab kata orang, semakin ramai kita kenal semakin luas pandangan. Aku mengenali S dan M sudah agak lama, Cuma yang bezanya aku terlebih dahulu mengenali S sejak dari tahun lepas lagi. Mereka ku kira mempunyai banyak persamaan iaitu tidak suka bermesej dan kalau ada apa-apa hal yang penting mereka akan menelefon terus.

       Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza tapi yang penting mereka  seorang yang baik dan sesiapa yang dapat memiliki mereka, bertuahlah orang itu. Huhuhu..,, mereka tidak saling mengenali kerana S tinggal di Kelantan manakala M pula berada di Terengganu. Tapi aku tetap ingin coretkan perihal mereka yang menarik bagiku.

       Bermula dengan S.., aku mengenalinya sejak aku di semester satu lagi, kebetulan nombor telefon aku dan ibunya hampir sama. Cuma membezakan hanyalah satu nombor sahaja. Aku berkongsi bulan kelahiran yang sama dengannya, Cuma haribulan sahaja yang lain, dia 28 manakala aku pula 24. Dia seorang yang kelakar namun adakalanya agak pendiam. Kiteorang memang kamcing, dan bila bercakap dalam telefon, dia dengan selambanya akan mengutuk aku dan begitulah sebaliknya.

Setiapkali selepas perlawanan The Red Warrior iaitu pasukan negeri Kelantan, dia akan menghubungiku dan memberitahuku keputusan perlawanan. Walaupun aku tak berminat sangat dengan bola, namun disebabkan itu sahaja yang menjadi topik perbualan kami. Tiba-tiba je aku jadi berminat untuk tahu. Dahulu aku tak mengenali sangat ahli-ahli pasukan bola sepak negeri kelantan, disebabkan dia yang selalu menyebutnya sampaikan aku jadi pengingat yang setia pulak. Paling aku suka, masa dia cerita punyalah bersemangat, dan dia juga xpernah miss pun pergi Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Setiapkali ada perlawanan, memang muka dia akan terpacak di stadium tersebut. Tapi satu je yang aku kurang gemari tentang S iaitu dia sangat sensitif dan mudah terasa. Pantang ada tersalah cakap sikit, mulalah nak merajuk. Huhuhu..,tapi buah hati dia cun giler..,itu yang dia cakap. Memang sesuailah bergandingan. Itulah sedikit sebanyak cerita tentang S.

M pulak merupakan adik kepada abang angkatku, dan kami kenal melalui awek kepada abang angkatku yang merupakan best friendku juga. Hehehehe.., macam berkait-kait pulakkan cerita aku. Pertama kali mengenali M, dia seorang yang banyak cakap dan suka membuat lawak. M ni kalau aku telefon dia, mesti dia suruh aku letak panggilan dan lepas tu dia akan call aku balik walaupun kredit dia hanya tinggal 2 ringgit je.

Topik perbualan kami biasanya berkisar mengenai kehidupan, keluarga, diri sendiri. Kira macam tu lah. Paling best aku suka tengok bila M senyum, kalau dia senyum mesti matanya yang sepet akan terkatup rapat. Nampak lawa sangat. M ni aku tengok dia jenis tak mudah terasa dan paling susah nak tengok time dia marah sebab dia payah nak marah. Dulu masa aku tengah sakit gigi, M bagi semangat padaku untuk mencabutnya kerana aku sememangnya takut untuk berjumpa doktor. Dia turut menceritakan pengalamannya mencabut gigi rahang dahulu membuatkan kurang sedikit gementarku. Akhirnya gigiku berjaya juga dicabut dengan selamatnya walaupun terdapat sedikit komplikasi pada awal permulaannya.

Itu semua cuma pemerhatian kasar aku tentang M, lagipun aku jarang sangat berjumpa dengannya dan begitu juga dengan S. Mereka juga tidak terlalu kerap menelefon kerana masing-masing sudah mempunyai komitmen sendiri dan mungkin sibuk dengan kerja masing-masing. Aku sendiri pun tidak kisah sangat sebab bila kita berkawan ramai-ramai, tak semestinya kena call hari-hari atau berhubung setiap masa. Cukuplah sekadar saling mengingati antara satu sama lain. Itu sudah cukup dari segala-galanya. Dan aku bersyukur kerana dikurniakan kawan yang baik seperti diaorang yang sentiasa berkongsi suka dan duka.

Kesimpulannya, berkawanlah seberapa banyak yang boleh kerana kita dan kawan saling memerlukan. Mana tahu kita memerlukan pertolongan dari seorang kawan, dan hari ni da bantu kita. Esok-esok kita pulak yang bantu dia. Begitulah pentingnya seorang kawan.

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Jalan-Jalan Cari Makan