Cinta atau Simpati.,???

Tidak tahu bagaimana harus aku mulakan ayat untuk menulis tentang tajuk tersebut. Dulu cinta amat aku cari-cari dalam hidup. Tapi sekarang hatiku sangat hambar terhadap cinta. Benarlah kata pujangga, cinta tak boleh dipaksa dan jangan sesekali menerima cinta kerana terpaksa atau simpati. Kelak diri sendiri akan merana. Aku sudah terkena tempiasnya dan yang menjadi mangsanya adalah seseorang terlalu baik untuk aku sehingga aku tak dapat nak menyambut huluran cintanya yang begitu mendalam. Biarlah aku kenalkan dia sebagai S.

Teringat lagi semasa kami mula-mula berkenalan, ianya melalui kawan. Dia yang kebetulan baru lepas berpisah dengan bekas aweknya yang kebetulan seseorang yang aku kenali namun tidak rapat. Aku sangat simpati dengan nasibnya dan dia sering meluahkan perasaannya kepadaku. Sehinggalah pada suatu hari, dia meluahkan perasaan cintanya kepadaku. Aku betul-betul tidak menyangka dia berperasaan seperti itu, ketika itu aku tidak mempunyai perasaan cinta terhadapnya. Yang ada cumalah perasaan sayang tak lebih dari seorang kawan. Namun disebabkan dia yang bersungguh-sungguh dan di tambah pula aku masih single. Akhirnya aku menerima dia. Aku fikir mungkin perasaan cinta boleh dipupuk kemudian, aku akan cuba untuk meyayangi dia. Perhubungan kami berjalan seperti biasa tanpa diketahui sesiapapun.

Sepanjang bergelar kekasih, jarang sekali aku dapat berjumpa dengannya lantaran dia yang sibuk dengan study dan terkongkong dengan sikap ibunya yang akan sentiasa mengawal ke mana dia mahu pergi. Aku sudah maklum tentang ibunya yang tidak suka dia berkasih pada usia yang sekarang. Adakalanya dia pernah tidak menghantar mesej selama dua tiga hari apatah lagi panggilan telefon. Aku memahami dengan kesibukan dia dalam meneruskan pengajiannya walaupun kadang-kala aku terasa kesunyian dan terpinggir, namun aku terpaksa terima.

Apabila dia ada kesulitan dalam studynya, aku akan memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat dia. Malah aku juga pernah mengatur jadual belajar dalam hidupnya lantaran dia pernah pengsan sehingga dikejarkan ke klinik berdekatan kerana berjaga malam untuk menyiapkan kerja sekolah yang begitu banyak. Aku hanya membantu setakat yang termampu dan aku ikhlas memberinya.

Tapi sesekali aku terasa ada yang kurang dalam hubungan kami. Aku tidak tahu apa dia, akhirnya aku menemui jawapannya iaitu aku tidak cintakan dia seikhlas hati aku. Puas sudah aku pupuk perasaan tersebut dengan berpura-pura sayang dan cintakan dia dengan mengambil berat dan mengambil tahu perkembangan dirinya. Namun aku sedar apabila aku bersikap begitu, aku seolah-olah memberi harapan kosong padanya dan seakan menyiksa hati dan perasaannya kerana dalam aku berpura-pura aku ada menyakitkan hatinya dan membiarkan dia ternanti-nanti mesej dari aku.

Sehinggalah pada suatu hari, aku disedarkan dari perbuatan aku. Aku menangis tanpa henti dan menelefon sahabatku untuk meluahkan apa yang aku rasa. Selepas itu, aku nekad untuk berpisah dengannya lantaran aku tak mahu dia menaruh harapan terhadapku. Aku tak sanggup lagi hidup berpura-pura menyayangi dirinya dan aku tak boleh memaksa diriku mencintai dirinya. Aku berterus terang dengannya tentang hati dan perasaanku.

Dia menerimanya walaupun dia amat kecewa, namun aku masih lagi boleh mengganggapnya sebagai seorang kawan. Semenjak dari peristiwa itu, dia mendiamkan diri dan begitu juga dengan aku. Aku masih lagi berasa bersalah kepadanya namun itulah keputusan yang terbaik buat aku dan dirinya. Dia berhak untuk mencari insan yang lebih baik dari aku untuk menyayanginya seikhlas hati. Baru-baru ini dia ada menghantar sms bertanya khabar, aku membalasnya seperti biasa. Dan selepas itu, tidak ada lagi berita tentangnya dan aku pasrah. Dan aku masih lagi sendirian sampai sekarang kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku lebih selesa hidup begini dari aku berterus-terusan menyakiti hati orang lain. Aku akan jadikan peristiwa tersebut sebagai pengajaran. Aku juga turut tujukan sebuah video yang ku hasilkan sendiri dari luahan hatiku kepadanya dan aku juga beri nama “Awak..,Selamat Tinggal Kenangan”.
Dan hari ini merupakan hari lahir S..,patut ke aku mengucapkan selamat hari lahir kepadanya..,? Jauh disudut hati aku merasakan ianya harus kerana kami akan tetap berkawan seperti biasa. Kepada S.., ku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Lahir, Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. All the best for you...," tulus ikhlas dari sahabatmu ~ lina..,

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Jalan-Jalan Cari Makan