Adakah ini Dugaan Berat Untukku?

Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti akan mengharapkan akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam melayari kehidupan. Pelbagai cara dan ikhtiar yang kita lakukan untuk memilih dua jalan yang berbeza, termasuklah membuat Solat Istighkarah dan mendengar gerak hati. Adakalanya gerak hati kita benar kerana ada kemungkinan Allah S.W.T yang telah mengerakkan hati kita untuk membuat keputusan tersebut.

Bagaimana pula sekiranya kita membuat keputusan yang salah? Sudah tentunya kita akan merasa kecewa dan sedih sekali. Tambah-tambah lagi bila jalan yang kita pilih akhirnya menyeksa dan menyakitkan kita. Bertimbun-timbun rasanya penyesalan dalam hatikan..? Mahu tak mahu kita kena terpaksa juga hadapi pilihan kita walaupun perit dan menyedihkan. Tapi pernah ke kita terfikir bahawa kesusahan itu mengajar kita erti hidup. Tahukah kita bagaimana?

Tatkala kita ditimpa kesusahan, bagi yang beriman dan bertakwa mereka akan rasa bersyukur kerana mereka diuji sejauh mana kesabaran mereka dalam menghadapi dugaan tersebut. Allah S.W.T juga telah berjanji akan memasukkan golongan seperti ini ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan bagi insan yang tak putus-putus beriman kepada Allah S..W.T walaupun diuji dengan seberat mana masalah. Mereka akan tetap tersenyum seperti tidak mempunyai masalah kerana mereka yakin dengn Kebesaran dan Keesaan Allah S.W.T yang tidak akan memberikan beban yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Tapi bagaimana pula dengan insan yang lalai dan jauh dari Allah S.W.T? Saat itu, mereka akan merasakan merekalah paling malang dan mula menyalahkan takdir. Padahal mereka tidak tahu, untung nasib seseorang telah ditentukan sejak dari azali lagi. Mungkin kesusahan yang diberikan adalah sebagai jalan untuk mereka kembali pada Allah dan ada juga sebagai jalan untuk mereka melakukan dosa dan kekufuran. Contohnya apabila mereka jatuh miskin, mereka akan menggunakan alternatif yang cepat seperti mencuri dan merompak untuk mencari kesenangan hidup.

Alangkah ruginya insan tersebut, kerna Allah Bagi ujian kepada manusia tanda Allah menyayangi mereka dan mahu mereka segera bertaubat dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Namun mereka menolaknya dengan melakukan hal yang sedemikian. Sedarlah kita bahawa jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah. Segeralah kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat kerana mati itu pasti, Cuma kita tidak mengetahuinya kerana segala-gala yang tersembunyi dan yang tersirat di dunia ini hanyalah Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Wallahualam..,

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?