Kegembiraan Dalam Kesedihan..!!!


Kadang-kala terfikir semula bagaimana kisah hidupku yang membawa kepada perjalanan hidupku ke terengganu untuk bergelar sebagai pelajar politeknik. Penuh dengan suka duka dan liku-liku sebagai seorang pelajar. Mengenali cara belajar hidup di kampus dan di bumi Kuala Berang yang terdapat banyak keistimewaannya yang tersendiri.

        Pelbagai ragam dan gelagat orang yang aku temui, yang tidak pernah aku sangkakan pun ada. Percintaan turut juga aku jalani, namun tiada kebahagiaan yang ku temui setakat ini, hingga membuatkan aku penasaran seketika. Lantas itu, aku mengambil keputusan untuk menyepikan diri sebentar dalam dunia percintaan kerana bagiku di usiaku sekarang, aku tak layak lagi untuk memegang status kekasih orang.

        Banyak yang perlu aku belajar, tidak kiralah dalam dunia formal atau tidak formal. Tanpa ilmu tersebut, aku akan tetap merasakan diri aku begitu kerdil sekali, untuk itu aku ingin sekali mempersiapkan dan membaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada padaku. Kalau diikutkan kekurangan aku sangat begitu ketara sehingga adakalanya aku rebah dalam menyesali nasib dan takdir yang menimpa ke atasku. Ianya terasa sangat pahit bak hempedu sehingga memakan diri, kesannya terjadi pada diriku sekarang.

Namun aku juga manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan dan kesalahan. Dari situlah aku belajar untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dari semalam. Akan ku belajar erti ketabahan dan ketakwaan dalam meneruskan kehidupan seharian. Ya Allah..,pulihkan semangat aku untuk belajar di negeri orang, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan kepada Engkaulah jugalah aku berserah dan berharap. Selawat serta Salam Junjungan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Aminnn....,

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?