Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia



Ramai orang menganggap rupa adalah pengukur sebuah kebahagiaan seseorang.  Misz Lina tak menafikan apabila kita cantik sudah pasti kita akan menjadi tumpuan ramai.  Namun, tidak semua orang yang berwajah cantik itu bahagia dalam hidup mereka.  Malah mereka lagi tertekan kerana sukar menemui pasangan hidup yang betul-betul menerima baik buruk mereka.  Jauh dibandingkan dengan orang yang tidak cantik, mereka dah boleh tahu siapa yang boleh menerima mereka seadanya di alam percintaan lagi.  


       Disebabkan hal itu, kita tengok pada zaman sekarang ramai wanita yang cantik namun masih lagi single kerana mereka sukar untuk menemui orang yang benar-benar menerima mereka seadanya.  Kalau dilihat dari segi analisis perceraian, bukan semua orang yang bercerai itu tergolong dalam golongan wanita yang berupa paras sederhana. Pandangan setiap orang berbeza-beza mengikut corak pemikiran mereka, sebab itulah masing-masing punyai kelebihan yang tersendiri dipandangan orang lain.


       Lantas, kecantikan yang sebenar itu bukan lahir dari dalam zahirnya sahaja, tapi nilailah dari segi dalamannya pula.  Kenalilah wanita itu sebelum menilainya, tidak adil jika wanita yang tidak berparas cantik tidak dipedulikan lantaran kekurangan mereka.  Sayangilah mereka dan carilah kelebihan mereka yang mana tahu boleh untuk membahagiakan anda. 



Rupa paras itu adalah ciptaan dan anugerah dari Allah S.W.T.  Jika kita menghina seseorang itu disebabkan dia hodoh samalah seperti kita menghina ciptaan Allah S.W.T. Nauzubillah.  Jangan menilai seseorang dari luarannya sahaja kerana yang luaran itu belum tentu dapat menjamin sebuah kebahagiaan.  Renung-renungkanlah.

Comments

Popular posts from this blog

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?