Antara Harapan dengan Angan-Angan

        Dari mana datangnya harapan jika tidak bermula dari angan-angan, kita harus sedar tidak semua harapan akan menjadi kenyataan lebih-lebih lagi kalau kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Hanya sekadar angan-angan hikayat mat jenin yang akhirnya mati akibat terjatuh dari pokok kelapa lantaran terlalu kuat berangan-angan hingga tidak menyedari bahaya pada diri sendiri.
        Apa pengajarannya dari hikayat mat jenin tersebut? Kita seharusnya kembali pada dunia realiti dan elakkan daripada menyimpan angan-angan yang terlalu tinggi hingga sukar untuk dicapai. Bila ia tidak menjadi nyata, kita sendiri akan gigit jari dan akhirnya kerugian kerana masa yang ada kita tidak menggunakan sepenuhnya dan menghabiskan ia dengan berangan-angan. Adakalanya sehingga tersenyum-senyum sampai ke telinga sambil berkhayal.

        Namun kita juga harus sedar ada juga angan-angan yang menjadi kenyataan, dan ada juga kejayaan itu bermula dari angan-angan. Namun berapa kerapkah hal itu berlaku, jarang sangat ia berlaku kerana nasib dan rezeki seseorang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Jika rezekinya memang sudah ditentukan ke arah apa yang diangankan, Alhamdulilah memang akan tercapai. Namun bagaimana pula dengan seseorang yang telah ditakdirkan nasibnya dalam dalam benda yang bertentangan dengan apa yang diimpikan. Bagaimana pula penerimaannya?

        Nak berangan-angan tak salah, tapi janganlah sampai berlebih-lebihan sehingga mengganggu rutin harian kita. Mana taknya setiap masa asyik dok berangan je. Biarlah bersederhana kerana ditakuti jika tidak tercapai, bimbang diri kita yang tak dapat terima hakikat tersebut. Dan yang penting, jangan sesekali mudah mengharap sesuatu yang tak pasti dan belum sahih. Contohnya khabar-khabar angin mengatakan kita akan dinaikkan pangkat.

        Jangan mudah percaya kerana jika belum menerima sebarang hitam putih dan pengesahan dari majikan, belum tentu berita itu betul. Mungkin ianya salah faham atau sengaja disebarkan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Lantaram kembalilah berpijak pada bumi yang nyata. Kurangkan angan-angan dan lebihkan berusaha dan berdoa. Itu yang sebaiknya..,

Comments

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Semanis gula itu sangat Menyakitkan