Posts

Showing posts from 2013

Belajar Menerima Seseorang Tanpa Syarat

Image
Dalam kehidupan seharian, sering sahaja kita mencari kesempurnaan dan ingin saja orang lain mengikut telunjuk kita. Persoalannya, boleh ke perkara itu berlaku? Tidak ada yang mudah dalam dunia ini melainkan dengan usaha, takwa, keimananan dan doa berterusan yang berjalan seiring.       Berbalik pada tajuk, kita boleh kaitkan dengan belajar menerima seadanya kelemahan dan kekurangan orang serta menyesuaikan diri pula dengan keadaan kita. Apabila kita menemui orang yang betul-betul menyayangi dan bersedia menjadi pelengkap hidup kita, maka hargailah insan tersebut walaupun dia mempunyai kekurangan.             Tidak kiralah apa jua masalah yang berlaku, mengadulah pada Allah SWT. Hanya dia yang mampu mengubah segalanya. Kita hanya mampu ikhtiar menyerah diri padaNya dan menyandarkan harapan agar segalanya dipermudahkan. Last but not least, renungilah. Bukan senang nak senang, bukan susa...

Bila si Dia Curang

Image
     Siapa-siapa yang baca tajuk artikel ini pun mesti akan tersentak jika mereka pernah mempunyai pengalaman diduakan oleh kekasih hati.  Namun begitu, bagi Misz Lina sebagai orang yang diduakan kita tidak terlepas dari merasa sakit hati, kecewa dan berbagai lagi.  Pernahkah kita menyelami hati orang yang menduakan kekasih, adakah dia berasa bahagia dengan melukakan hati orang yang betul-betul menyayangi mereka? Fikir-fikirkanlah.      Jika kita telah diduakan, sebaiknya kita bertenang dan muhasabah diri.  Janganlah menyalahkan orang lain tanpa sebab yang munasabab, cari penyelesaian dan renungkan apa puncanya dengan menyelami kisah percintaan di awal dan akhir.  Seandainya kita sendiri yang menjadi penyebab, berhentilah dari menyalahkan diri sendiri dan berusaha untuk mengubah sikap.      Andainya ianya berpunca dari si Dia atau orang ketiga, usahlah bersedih kerana itu semua adalah dugaan buat...

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Image
Ramai orang menganggap rupa adalah pengukur sebuah kebahagiaan seseorang.  Misz Lina tak menafikan apabila kita cantik sudah pasti kita akan menjadi tumpuan ramai.  Namun, tidak semua orang yang berwajah cantik itu bahagia dalam hidup mereka.  Malah mereka lagi tertekan kerana sukar menemui pasangan hidup yang betul-betul menerima baik buruk mereka.  Jauh dibandingkan dengan orang yang tidak cantik, mereka dah boleh tahu siapa yang boleh menerima mereka seadanya di alam percintaan lagi.          Disebabkan hal itu, kita tengok pada zaman sekarang ramai wanita yang cantik namun masih lagi single kerana mereka sukar untuk menemui orang yang benar-benar menerima mereka seadanya.  Kalau dilihat dari segi analisis perceraian, bukan semua orang yang bercerai itu tergolong dalam golongan wanita yang berupa paras sederhana. Pandangan setiap orang berbeza-beza mengikut corak pemikiran mereka, sebab itulah masing-masing punyai kelebi...