Ayah Oh Ayah


Kasih Ibu bawa ke Syurga,
Kasih Ayah Tanpa Sempadan,
Kasih Guru tiada terhingga,
Kemuncak Murni Kemuliaan Insan.

        Sempena hari bapa ini, aku ingin sekali mencoretkan sesuatu buat penghargaan bagi kaum adam yang bergelar bapa di luar sana. Kita tidak akan lahir ke dunia ini tanpa ibubapa. Bapa juga sama penting seperti seorang ibu kerana keredaan Allah s.w.t terletak pada keredaan ibubapa. Lihatlah betapa Allah memerintahkan agar kita menjadi anak yang soleh kepada ibubapa kita. Tanggungjawab seorang bapa amatlah besar kerana orang lelaki perlu memikul mandat yang lebih tinggi dari wanita kerana mereka dikurniakan satu nafsu dan 99 akal.

        Orang lelaki merupakan pemimpin dalam keluarga, jatuh bangun rumahtangga tersebut terletak padanya dengan dibantu oleh suri hidupnya iaitu ibu kita. Mereka perlu bekerja untuk memberi nafkah, di samping itu mereka juga perlu menjaga kebajikan dan keselamatan keluarga. Seorang bapa juga wajib memberikan pendidikan agama yang secukupnya pada anak-anak, jika tidak di Akhirat nanti anak-anak yang melakukan dosa akan mengheret bapa mereka untuk masuk ke neraka bersama-sama kerana tidak pernah cuba untuk membentuk akhlak anak-anak.

Lihatlah betapa besarnya mandat seorang bapa, belum lagi kita lihat mereka yang bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti lelah dan jemu demi mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga yang tercinta. Seorang ayah tidak akan pernah membenci seorang anaknya, walaupun dia marah atau tegas terhadap kita, apakah maknanya itu? Sudah tentu marah itu tandanya sayang bukan? Tanpa seoang ibu dan ayah, siapalah kita?

        Bukanlah hadiah atau wang ringgit yang mereka harapkan, cukuplah hanya sekadar tanda ingatan dari seorang anak kepada bapanya. Itu dah cukup memadai kerana setelah mendidik kita dengan penuh kasih sayang dan perhatian, takkan kita hendak mengabaikan mereka setelah kita berjaya. Ingatlah sewaktu kita kecil dahulu kita mesti pernah sakitkan, dan siapa yang menjaga dan membeli ubat kepada kita kalau bukan ibubapa kita. Mereka sangat sayang kepada kita dan ianya takkan berkurang walau apapun jadi kerana kasihnya seorang ayah mengatasi segala-galanya.

        Justeru, di kesempatan hari bapa ni hubungilah ayah anda dan katakan pada mereka yang anda sangat sayangkan mereka. Kenanglah segala jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kita selama ni. Sesungguhnya kemuliaan insan terletak pada perilaku yang menyenangkan hati orang lain. Insya-Allah.., mudah-mudahan agar kita sentiasa dirahmati Allah s.w.t.



Comments

  1. BAGUS ENTRY NI.TIBA2 RINDU ABAH PULAK.WUWUWU T_T

    ReplyDelete
  2. trima kasih. kerinduan tu kan mengajar kita erti kasih sayang kita yg mdalam terhadap seseorang tu., memang sewajarnya seorang anak rindukan ayahnya. awak dh ucap kat abah awak belum?

    ReplyDelete
  3. ayah ibarat ketua dalam organisasi yang kecil. sebagai seorang ketua, dia perlulah melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Semanis gula itu sangat Menyakitkan