Masa Yang Ditinggalkan


Kita diberikan masa 24 jam dalam sehari..,adakah kita menggunakan waktu tersebut dengan begitu bermanfaat sekali? Renung-renungkanlah dan muhasabah balik apa yang kita lakukan sepanjang hari ini. Adakah ianya membawa kebaikan atau keburukan pada diri sendiri dan orang lain? Hanya kita sahaja yang boleh menentukannya. Seboleh-bolehnya biarlah apa jua yang kita lakukan pada hari ini membawa manfaat kepada orang lain supaya kita turut mendapat kebaikannya.

        Banyak perkara yang boleh dilakukan pada masa senggang, contohnya membuat aktiviti yang digemari contohnya berkayak, beriadah bersama keluarga dan juga memancing, bila kita melakukan perkara yang kita sukai, kita akan lebih fokus dan bersemangat. Carilah hobi yang boleh mendatangkan faedah kepada diri sendiri dengan menghabiskan masa sebaiknya. Ingatlah bahawa masa yang berlalu takkan sesekali menunggu kita, janganlah menjadi hamba kepada masa. Uruskanlah masa dengan efektif sebelum masa itu menguruskan kita. 

        Buatlah anggaran terhadap apa yang berlaku dalam hidup kita, bermula dari sewaktu kita bangun pada waktu pagi sehinggalah kita melelapkan mata untuk tidur di malam harinya. Sebaik sahaja kita membuka mata saat terjaga kala waktu pagi, rancanglah dengan sebaik-baiknya apa yang kita mahu lakukan pada hari ini dan tanamkan azam dalam hati bahawa kita ingin melakukan perkara yang baik dan menjauhi perbuatan yang buruk.

        Hal ini akan memberi semangat kepada kita untuk menjalani rutin dalam seharian dan janganlah lokek dengan senyuman. Apabila kita murah dengan senyuman, secara tidak langsung orang lain akan selesa untuk berdampingan dengan kita. Setkan dalam minda bahawa kita ingin melakukan sesuatu yang lebih baik dari hari-hari semalam supaya kita tidak akan mudah mengalah walau apa pun jua rintangan yang melanda kerana kita punyai hasrat dan matlamat untuk mengatasinya demi mencapai sebuah kejayaan yang diharap-harapkan.

        SesungguhNya Allah s.w.t telah mengaturkan perjalanan hidup ini dengan cukup baik sekali. Jadi, gunakanlah kesempatan yang diberi untuk kita mencari keredaan Allah s.w.t . Seimbangkanlah urusan dunia dan akhirat iaitu perjalanan kita dalam seharian walaupun sangat sibuk dengan kerja, namun kita masih lagi punya waktu untuk beribadah kepada Allah s.w.t.  Dirikanlah solat 5 waktu sehari semalam kerana ia boleh mendekatkan diri kita dengan Pencipta kita. Malah, urusan kita di dunia mahupun di Akhirat akan sentiasa dipermudahkan kerana kita tak pernah lupa padaNya.

Adakah tempoh 720 minit dalam sehari mencukupi bagi kita atau kita merasakan waktu yang diberi agak singkat? Ketahuilah bahawa perancangan masa yang baik akan membawa kejayaan kepada kita kerana hidup kita akan lebih sistematik dan teratur, ia menjadikan kita tahu apa yang kita ingin capai dalam hidup dan seterusnya kita mampu untuk mengatur strategi yang baik untuk mendapat apa yang kita mahu kecapi dalam hidup. Rancanglah pengurusan masa yang fleksibel supaya kita akan mendapat kebaikan dari hasil apa yang kita rancangkan.

Masa itu ibarat sebilah pisau, jika kamu tak menggunakannya sebaik mungkin, ia akan menikam kamu tanpa kamu sedari.  Janganlah menjadi insan yang lalai dari menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t dan juga kepada manusia. Jadilah orang yang berilmu, beriman dan bertakwa agar hidupmu sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T . Berdoalah selalu mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan yang dirahmatiNya.

Comments

  1. Sorry, ED nak tegur. Blog awak berat sgt la. Mgkn awak boleh kurangkan widget2 yg x penting. Jgn marah. Slmt berjaya dlm dunia blogger!

    ReplyDelete
  2. ok2.., terima kasih atas teguran yg diberi. inilh respon yg sy harap2kan dari pembaca blog ni..,
    Insya-Allah sy akn memperbaiki lg mutu blog ini. terima kasih sekali lagi ED.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?