Tips Menjadi Seorang Kekasih yang Setia Bahagian 1

Kali ni aku ingin berkongsi artikel mengenai cara untuk menjadi kekasih yang setia, tambah-tambah lagi bercinta pada jarak yang jauh. Sudah tentu ada banyak cabaran dan dugaan. Jadi untuk menghadapinya dengan bijaksana, luangkanlah masa anda untuk membaca artikel ni.

1.     Terima pasangan dengan seadanya termasuklah segala kekurangan dan kelemahan yang ada padanya. Dia tidak boleh menjadi seperti yang kita mahu, jadi kita kena belajar menyesuaikan diri dengan caranya.

2.    Kenali hati budi pasangan dengan sebaiknya. Tahu apa yang dia suka dan tidak suka kerana hal ini akan menimbulkan keserasian antara anda dengan dia. Dia juga akan merasakan posisi dia sangat penting dan menjadi keutamaan dalam hidup anda.

3.    Ciptakan pelbagai kenangan dan memori yang indah bersama si dia contohnya berjalan-jalan di tepi pantai , tasik atau tempat-tempat yang indah. Jangan lupa untuk bergambar dan letakkan gambar tersebut di tempat yang anda sering lihat supaya walau di mana jua anda berada, anda akan selalu merindui dia.

4.    Selitkan ayat-ayat humor yang boleh mengingatkan anda dengan perkataan yang dia selalu tuturkan dengan memperbanyakkan kemesraan antara anda supaya setiap masa anda akan teringatkan dia dan tidak sabar-sabar untuk meluangkan masa bersama-sama.

5.    Sentiasa berhubung sekurang-kurangnya dua kali sehari walaupun kita sibuk macam mana pun. Ceritakanlah apa yang terjadi dalam kehidupan yang anda lalui pada hari itu supaya dia tahu akan perkembangan anda dan tidak pernah lepas dari mengambil tahu akan perihal diri anda.
Bersambung lagi, kalau korang nak tahu yang selanjutnya. Rajin-rajinlah berkunjung ke blog aku yer..,huhu
Sebarang pandangan atau masalah, abadikan tulisan anda di kotak komen yang disediakan. Saya sedia menjawab apa jua persoalan anda.

Comments

  1. sangat berguna bila ada suami nanti kot.

    ;)

    ReplyDelete
  2. Betul tu, tapi kita boleh juga praktikkan di alam percintaan untuk melatih kita bagi menjadi seorang yang setia pada pasangan. semua orang sudah tentu meengharap untuk menjadi yang terbaik buat pasangan bukan?

    ReplyDelete
  3. lama tak blog... wakakakakakakaka.. awesome.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Semanis gula itu sangat Menyakitkan