Apabila ditinggal kekasih


        Berhentilah dari menyalahkan diri sendiri atau kekasih hati apabila anda dikecewakan oleh orang yang paling anda sayang. Sebaiknya berdoalah agar dia diberikan insan yang lebih baik dari anda. Usah dikenangkan lagi dengan apa yang berlalu, teruskan dengan apa yang bakal mendatang.

        Ada juga insan yang ditinggalkan kekasih kerana ada insan ketiga,anda seharusnya bersyukur kerana Allah dah tunjukkan siapa dia yang sebenar. Itu adalah lebih baik dari meneruskan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan , itu adalah sia-sia kerana cinta itu tak boleh dipaksa. Jika dirimu mendapat tahu bahawa si dia sudah tidak lagi menyintaimu, lepaskanlah dia dan biarlah dia berbahagia dengan insan yang dicintainya.

        Apabila kita reda dan yakin dengan ketentuan Ilahi, hati kita akan menjadi tenang dan secara tak langsung kita mampu untuk melupakan dia sedikit demi sedikit. Sejurus itu, cubalah mencari pengganti yang sesuai kerana setiap orang berhak untuk hidup bahagia dengan insan yang dicintai. Sudah tentu kita mahu disayangi dan menyayangi bukan, jadi lupakanlah apa yang terjadi dengan kekasih kita dulu dan mulakan hidup baru.

        Cinta itu datang dan pergi, jika ia dipupuk Insya-Allah akan lahir cinta baru yang lebih baik dari semalam. Berhentilah dari menyeksa dirimu. Sebaiknya dekatkanlah diri dengan Allah dan mohon diberi petunjuk agar dirimu beroleh ketenangan.

Comments

  1. wahwah..tak kan dah give up kot..cik abe tak kawen pon lg..heeee

    ReplyDelete
  2. bkn give up lah kak.., tp nk bg ruang pd diri utk bfikir..,
    yg pasti cinta itu tak smestinya mmiliki..,kn3?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?