Bila Cinta Mulai Pudar


        Tajuk inilah yang paling ditakuti oleh mana-mana pasangan yang berkasih mahupun yang berumahtangga. Pudarnya cinta bermakna hilanglah segala keserian dalam sesebuah perhubungan dan sdah tiada manisnya lagi malah akan mencipta derita. Semua orang memerlukan cinta kerana mereka akan lebih bersemangat untuk menjalani hidup.

        Namun bagiku dalam perhubungan cinta, jika kita berperasaan demikian kita masih lagi boleh menarik diri dalam percintaan tersebut. Kita tak boleh salahkan diri sendiri jika cinta kita padanya semakin pudar, hal ini kerana banyak penyebab yang menjadi kita menjadi begitu. Mungkin disebabkan sikapnya yang terlalu mengongkong membuatkan kita cepat bosan atau faktor-faktor luaran seperti berjauhan atau bertemu dengan insan lain.

        Tapi sekiranya kita sudah mendirikan rumahtangga dengannya, usahlah sesekali terfikir untuk menarik diri dari perkahwinan kerana banyak isu yang akan timbul. Tambah-tambah pula jika mempunyai anak. Sudah tentu prosesnya akan rumit dan berpanjangan. Jadi sebaiknya tambahkanlah kasih sayang sesama suami isteri supaya rumahtangga yang dibina akan berpanjangan.

        Biasanya kelemahan pasangan juga turut menjadi faktor kepada pudarnya cinta. Seharusnya kita perlu belajar menerima kekurangan dia dan sama-sama memperbaikinya jika kita betul-betul sayangkan dia. Jadikanlah kelebihan dia sebagai bonus untuk kita. Sebaik-baiknya pertahankanlah dulu perhubungan yang dibina dengan bersungguh-sungguh dan sekira ianya tidak berjaya redalah pada takdir.

        Banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan hal ini, sama-samalah kita kongsikan. Apa yang baik kita manfaatkan dan yang tidak baik kita pulihkan.

Comments

  1. sedih apabila dy mulai gk syg sm kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Semanis gula itu sangat Menyakitkan