Tips Menjadi seorang Kekasih yang Setia Bahagian 2

 Ni sambungan dari Tips yang aku bagi pada artikel yang lepas. Sebenarnya dah lama ada aku simpan. Sekarang baru aku sempat publish. Selamat Membaca!


1.     Gunakanlah kemudahan teknologi canggih seperti 3G, Webchat, Webcam atau menghantar gambar anda yang terkini supaya anda tidak pernah berasa dia jauh dari anda. Contohnya kalau anda pergi bercuti atau berkelah bersama kawan-kawan, jangan lupa send gambar tersebut padanya agar dia tidak terlepas saat-saat suka duka anda.

2.    Sebaik-baiknya jangan terlalu rapat dengan lelaki atau perempuan lain kerana khuatir akan perasaan itu berubah melebihi dari seorang kawan. Berpada-padalah dalam berkawan dan janganlah biar ia melebihi batas.

3.    Apabila tiba saat hari istimewa pasangan seperti hari jadi atau hari ulangtahun perhubungan, kirimkan mesej atau panggilan tanda anda mengingatinya. Boleh juga utuskan bunga, hadiah atau sekeping kad yang bertuliskan perkataan yang romantik supaya pasangan berasa dihargai.

4.    Sentiasa berterus-terang dan kenalkan pasangan anda kepada kawan-kawan.  Jika ada mana-mana lelaki atau wanita ingin mendampingi kamu, maklumkanlah pada si dia kerana khuatir akan terjadi salah faham di kemudian hari. Beritahunya juga bahawa anda takkan sesekali berubah hati dan sangat sayangkan dia sehingga tak mampu nak kehilangan dirinya supaya dia sentiasa yakin dengan cinta anda.

5.    Saling mempercayai antara satu sama lain, apabila kita percayakan pasangan kita tidak kira jarak jauh atau dekat kita akan sentiasa tidak melupakan dia. Tanamkan keyakinan dan kesabaran dalam hati bahawa saat-saat anda akan diijabkabulkan dengan dia akan tiba walaupun lambat atau cepat. Sentiasalah berdoa agar segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Comments

  1. kalo sume tips dah buat..tp ttp hampe cm no pulak..ce cite ce cite..hehehe..

    ReplyDelete
  2. mgkn ad something wrong somewhere kot..,hehe..
    bila kita dah berusaha dgn sbaiknya..,serahkan sahaja pada Allah. kalau kita dah memang ditakdirkan hidup bersama dgn dia, xkira wlau ap jua blaku, dia akan menjadi milik kita. kalau sebaliknya mgkn ad yg lbh baik dari dia utk kita. ni hnya alternatif utk mengeratkan lg kasih syg..,sebabnya semua org tntu mahu dicintai dan menyintai bukan? jadi inilah salah satu panduan utk mcapai ke arahnya.., bjaya atau x bjaya itu tletak pd usaha kita dan juga pd ketentuan takdir..,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rupa Paras bukan Ukuran Bahagia

Cinta atau Simpati.,???

Mengapa Kita Menyukai Kesempurnaan?