Adakah ini Dugaan Berat Untukku?
Kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita, dan apabila kita diberi dua pilihan. Sudah tentu kita buntu namun kita pasti akan mengharapkan akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam melayari kehidupan. Pelbagai cara dan ikhtiar yang kita lakukan untuk memilih dua jalan yang berbeza, termasuklah membuat Solat Istighkarah dan mendengar gerak hati. Adakalanya gerak hati kita benar kerana ada kemungkinan Allah S.W.T yang telah mengerakkan hati kita untuk membuat keputusan tersebut. Bagaimana pula sekiranya kita membuat keputusan yang salah? Sudah tentunya kita akan merasa kecewa dan sedih sekali. Tambah-tambah lagi bila jalan yang kita pilih akhirnya menyeksa dan menyakitkan kita. Bertimbun-timbun rasanya penyesalan dalam hatikan..? Mahu tak mahu kita kena terpaksa juga hadapi pilihan kita walaupun perit dan menyedihkan. Tapi pernah ke kita terfikir bahawa kesusahan itu mengajar kita erti hidup. Tahukah kita bagaimana? Tatkala kita ditimpa kesusahan, bagi yang beriman...